Selamat tinggal yang untuk ke berapa kali
Aku kata aku terima untuk yang ke berapa kali.
Tetap kau datang dan pergi.
Sebagai teman.

Tetapi semalam yang telah berlalu terlalu banyak untuk aku lepaskan semuanya tanpa punya rasa apa-apa.

Jujurnya. Aku sendiri keliru adakah itu kerana kau atau kerana memori yang terlalu banyak mungkin juga hari ini yang sudah terlalu asing beza.

Mungkin aku rindu pada moment bukan pada ahlinya. Entah.
Kadangkala ia datang mengetuk ngetuk minda, menyata ingatan dan kesedihan.

Tiada apa selain. Terus mencuba dan mencuba. Melepaskan dan berbahagia dengan jalan yang ditebarkan.

Semakin dekat tarikh itu, semakin jelas yang lalu.

Yang lalu tetap berlalu. Secara jelas dan nyata sudah tiada tempat untuk itu.

Terlalu pantas. Sedang aku sudah tahu akhirnya lama dahulu. Segalanya yang tiba-tiba masih belum jujur.

Selamat. Moga bahagia. Tahniah. Selamat tinggal

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

minimalis

change