Mempunyai 'sesuatu' untuk menjadi 'seseorang'
Setiap dari kita akan melalui fasa jatuh tak mampu berdiri. Fasa terlalu sakit. Hilang dan hilang. Sehingga rasa sendiri tiada.
Dan setiap fasa yang datang akan pergi meninggalkan kita. Sendiri. Tak perlu bimbang makanya. Terus berjuang!
Aku bercerita tentang perjuangan walau aku seorang yang kalah.
Kalah pada rasa kecewa jatuh dan ditinggalkan.
Aku tidak menghadirkan manusia baru yang banyak kerana kecewa kecewa yang dulu melemahkan.
Cita-cita adalah satu satu hal yang sering aku angan dan fikirkan. Kerana aku sudah berhenti untuk menyertai penaruhan hati dan perasaan. Sudah tidak punya hati.
Sekarang tiba fasa untuk menyusun hari dan kehidupan. Seriously susah dan payah. Tapi demi dunia dan keinginan yang aku cita-citakan sekali tidak boleh aku untuk membiarkan jatuh itu hal yang mengganggu.
Aku gemar begini. Bekerja dengan fikirkan aku aktif memikirkan strategi menyusun perancangan seterusnya. Aku suka. Idola aku adalah wanita sofistikated. Mempunyai kelas tersendiri. Hati dan emosi aku sudah lama tidak bertindak normal. Biar dia terus menongkah arus.
Kerana apa?
Kerana ada hal walau sekuat mana kau mahukanya tetap tak mungkin kau perolehi.
Salahkan masa lalu yang biadab,
Mempunyai 'sesuatu' untuk menjadi 'seseorang'
Impi aku cuma menginspirasi tentang kegagalan dan kejayaan satu hal saling memerlukan.
Comments