IMAGINARY

Kita tak tahu apa yang disimpan tersembunyi disebalik setiap satunya.
Sehingga kita merasakan sesuatu itu dengan ruang lingkup yang sama walau mungkin darjah yang berbeza.
Sejak hari kebelakangan ini, cubaan bangun kembali untuk kali yang tak terkira. Bedanya kali ini cuba terima yang tiada yang normal ditakdirkan.
Maka wujudnya dunia imaginary, membawa lari seketika dan tidur lebih lena. Sudah tidak ambil pil putih atau merah jambu! =) Untuk tempoh terdekat. Namun waktu tidurnya masih belum selesa.
Alang sudah tidak normal maka terus aku bangunkan segala yang tidak realiti. Untuk seketika sudah cukup puas.
Walau masih dengan debar, masih dengan kerisauan, kesilapan dan kecuaian. Entah sampai bila, tetap perlu bertahan.

Hari ini bawa mereka keluar mencuba nasib. Walau aku sendiri tidak pasti tapi jauh dari sudut hati mengharapkan mereka mampu membawa diri. Keluar. Jika sehingga nanti kerana alasan yang kecil ini mereka membesar.

Segala malap dan kegelapan membawa pada cahaya bukan? Membawa kepada segalanya. Dan terang itu bukan milik sa-orang.

Maka, selamat. Mahu pergi ke dunia baru sementara yang cukup.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya