#1094

Out For Love : Seven (Adly's Arkib XFM)

Tentang apa?
Banyak.
Satu-satu?
Baik.

....

Hari yang teruk.
Lebih setahun yang lalu, Aku menjadi telinga mendengar mata mensaksi yang paling tidak mungkin aku lupa. Yang menjadi aku tidak aku lagi.
Hari itu, baru aku faham yang dimaksud celaru itu bagaimana.
Bagaimana hanya dengan terngiang saja buat aku menggeletar dan lena aku dalam jaga.
Aku memandu jauh, perlahan. Butterfingers-Chrome volume tinggi. Meraung. Seorang.

Segala kebarangkalian dalam pengiraan. Segala amarah mendendam. Aku tidak punya apa, tidak mahu apa selaian yang untuk mereka. Tiada satu dikerja untuk aku tuntas. Tiada. Tujuh tahun aku hanya menyerah, bergelumang dalam rencam. Aku hanya menurut. Aku hanya diam dan ikut. Aku hanya dengar patuh. Dan kerana hari yang teruk itu. Kerana yang satu itu, seolah yang ada ini cuma jasad, kosong. Berpaling pada jalan dilalu, jatuh.

Saat itu, jatuh kemudian jatuh kemudian jatuh dan terus jatuh. Mula lari dan jauh. Aku tidak mahu yang banyak. Cuma mereka. Tapi bukan yang satu itu. Sehingga hari ini. Saat ini, tubir mata masih basah.

Sehingga tiba satu waktu kejatuhan merusak. Menghadap tugas seperti biasa. Namun yang aku rasa luar biasa. Menggeletar. Tak mampu lagi melawan menahan. Punya aku bukan aku. Mula itu. Tidur, terus berjaga atau tidak mahu bangkit. Makan, langsung tidak atau terusan. Baca tidak lagi escapism yang mengkhayalkan. Tinggal muzik bingit. Ada tika tidur perlukan pil-pil bantu dan bermula segala kegilaan. 

Mula mengira yang ada dan menghilang. Menjauh juga. Sudah tidak percaya pada banyak. Mencari jalan keluar infinity kali. Canggung. Rasa juga sudah pergi. Asing semuanya asing.

Mencari bahu tiada, tangan menghulur tiada, telinga mendengar bicara menenang. Kemudian sedar. Ini perjuangan. Sendirian.

....

Banyak-banyak. Terlalu banyak. Terlalu banyak sehingga aku hanya perlu simpan sahaja. Tak mungkin mampu disampai semua. Cuma inilah, inilah mulanya. Inilah sakitnya. Keadaan masih tidak semakin baik. Satu buat terus bergerak adalah sedar tentang perlu keluar. Perlu menyelamatkan diri. Kapal kian karam. 


Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya