UJI
Setiap yang keras-keras berlaku dalam hidup membawa kepada satu kelembutan iaitu pengabdian.
Bila saat yang ada pada kau hanyalah berserah.
Ada ketika aku gusar pada yang akan akan datang.
Tetapi ada ketika saat berhadapan dengannya aku terus hilang riak.
Tuhan mempertemukan kita dengan pelbagai manusia dan gaya.
Untuk belajar disebaliknya, antara kita ini kebaikan untuk mereka. Atau mereka kebaikan untuk kita.
Belajar menyerah atau redha.
Ada ketikanya kita ini manusia jalang.
Tiada yang lebih tahu selain DIA. Tentang segala gejolak. Segala debar. Runsing dan gusar. Semalam hari ini kelmarin yang dulu.
Aksara ini tidak cukup untuk melafazkan semua.
Namun ingatan ku sedia untuk merakam sehingga satu hari nanti aku cukup kuat untuk mencerita.
Sendirian ini yang mengajar tentang bukan perlu kasihan.
Comments