ini kisah aku.

masa kecik dulu family aku susah. ayah tak ada kereta kalau kitorang balik kampung kitorang akan naik bas or keretapi. dan mungkin sebab dah biasa naik transport awam sampai sekarang aku tak ada la aku mabuk ke apa bila pergi mana-mana yang jalannya huru hara macam jalan lipis-jerantut,  lipis-cameron. bukan nak bangga diri, tapi kind of la jugak haha.

kampung belah ibu kat rompin belah ayah kat melaka. untuk balik rompin  kitorang kena naik 4 kali bas. mentakab-temerloh, temerloh-kuantan, kuantan-pekan, pekan-rompin. dengan bag yang banyak tu. memang letih tapi. seronok. sebab tu dulu kitorang kalau balik kampung pun setahun sekali je hujung tahun atau masa raya. nak harap berjalan saja-saja memang tak la. kalau balik melaka pulak selalu naik ketapi. sebab ayah kerja ketapi so tiket boleh dapat murah. ketapi mana ada siang. kitorang naik pukul satu dua pagi. sampai tampin dalam pukul 6 pagi. lepas tu kitorang pun jalan kaki dalam 10 minit gitu naik bas pergi alor gajah. dari stesyen bas kitorang jalan kaki lagi 10 minit sampai rumah nenek aku. sebab tu dulu kalau kitorang balik kampung kitorang akan balik dalam seminggu macam tu. ayah aku workaholic. jarang cuti. sekali cuti memang lama. dan kerana ayah workaholic jugak aku dengan akak dah terikut-ikut. akak walaupun office dia lepak gila sporting tapi dia jarang datang lambat suka suka dan ayah dengan akak boleh respect bab cuti dalam setahun mc sekali pun susah. ayah kerja kuat dan kerana itu walau jahanam apa pun aku rasa kat maktab tu aku tetap kena bertahan dan survive. tanggungjawab aku besar. aku dua beradik je dengan akak. aku suruh akak sambung amik master paling tidak pergi amik lesen untuk akauntan apa entah nama dia. tapi dia kata tunggu aku habis study dulu. walau aku dengan akak macam anjing dengan kucing duk bergaduh. duk sakit hati tapi aku tahu she's love me after all. dan ibu adalah insan yang selalu ada untuk mendengar adalah ibu. ibu manusia paling sabar yang pernah aku jumpa. dan untuk mereka bertiga walau macam mana aku kena survive dan dalam diam aku berusaha untuk cuba banyak benda dengan harapan one day aku akan bagi something untuk mereka. untuk setahun lagi aku kena bertahan. feeeww..

sambung balik cerita pasal dulu. dulu balik kampung seronok. kalau kat rompin dulu masa semua sedara mara balik rumah nenek dengan atuk aku pack habis. duk berebut rebut nak tidur kat mana. menyelit bergelimpangan depan tv. isu pergaduhan selalu dengan sepupu ialah siapa nak tidur dengan nenek aku. nenek aku belah ibu adalah nenek terbaik pernah aku ada. malam malam nenek aku bangun pergi masak air dan jadi habit. kalau balik cakap je nak makan apa dia buat. nenek aku memang win bab masak kuih koci dengan burasak. dulu aku selalu lepak dekat belakang rumah dengan pak ngah dengan atuk aku. kitorang borak-borak. tengok atuk aku panggang koko. kat rumah nenek aku ada pokok koko banyak. makan buah koko tu mentah mentah sedap. lama tak makan buah koko! 

tengok berita tv1 ramai-ramai. makan malam ramai-ramai benda simple macam tu cukup untuk buat kita gembira dulu. naik bas ikut mak ngah pergi endau dan beli pensil picit. makan roti canai. kena perli dengan konduktor bas sebab gemuk. pakai baju kampung boy balik kampung. dari dulu aku suka act like a boy. cita-cita nak orang panggil aku tomboi. masa kecik aku la yang selalu buat onar. habiskan ayam dalam peti masak kicap dan ajak kawan aku datang makan. bakar ikan kat belakang rumah pakai lilin. ayah balik dan kena marah. tanam bawang sampai keluar daun bawang sampai ibu jari kaki terbelah kena cangkul. kacau gulai ayam ibu sampai terbalik dan aku lari pergi tidur. kena hukum tak boleh buka puasa sebab main tepung dan curah dekat tingkap. pergi rumah kosong kat kuartes ni bawak cat konon konon nak buat markas penyiasatan macam dalam buku yang aku baca end up tak sempat nak cat markas sebab dengar something dalam rumah. hantu di siang hari maybe? dan banyak lagi benda tak masuk akal aku buat.

kalau balik melaka selalu tempat paling jauh aku pergi ialah pasar malam hari sabtu beli kebab dan pergi taman permainan kat tempat keris besar. dulu ada taman burung. ada taman permainan. sekarang dah lapang tempat tu. paling aku suka singgah kedai surat khabar dan beli buku cerita. dari rumah nenek belah ayah kalau nak balik kena mintak tolong pak cik aku hantar sampai tampin. kalau balik malam kitorang naik ketapi kalau balik siang kitorang naik bas dari tampin pergi gemas. dari gemas naik ketapi sampai rumah. dulu kat gemas ada kolam ikan besar. dan lepas renovation sekarang dah tak ada. sedih. kenangan tu.

dulu balik kampung adalah hal yang menyeronokkan. sepupu balik. lepak main-main. masa tu aku rasa im glad that aku ada ramai abang dengan kakak. pada aku. sepupu aku semua abang dengan kakak aku. aku jarang bergaul dengan sepupu yang lagi muda aku selalu ikut sepupu yang lagi tua. dua-dua belah aku berada di tengah-tengah jarak aku dengan sepupu atas dan bawah aku jauh. jadi aku pilih untuk rapat dengan sepupu lebih tua.

dan masa berlalu pantas. sangat.

bila tengok gambar dulu. aku perasan ayah dah kurus gila. beza sangat masa aku sekolah rendah. muka ibu pun dah lain. 

masa dah menarik aku terlalu laju dari hal-hal semalam. betapa ruginya untuk aku tidak sedar yang setiap detik adalah untuk dinikmati. dulu aku terlalu sibuk untuk mahu cepat menjadi dewasa. nah sekarang aku dah dewasa. dan...

semua berubah.

nenek dengan atuk belah ibu dah tak ada. mungkin hidup kitorang dah lebih senang berbanding dulu. aku dah tak perlu naik bas banyak banyak kali atau berjalan kaki ke stesyen bas awal pagi. dan tiap-tiap bulan ibu ayah balik melaka. balik rompin dah tak seminggu. bila raya kitorang boleh balik dua-dua tempat dalam tempoh seminggu. hidup lebih mudah kan? tak.

sepupu dah jarang balik. ramai dah berkeluarga. dan aku sedar jarak kami memang jauh. sepupu belah ayah pun sama. masing-masing dah sibuk dengan kerjaya masing-masing. kitorang dah jarang jumpa. dan end up sekarang bila jumpa apa yang aku rasa adalah : awkward. diam dan memerhati.

aku sedar untuk 5 tahun ni banyak dah berubah. aku terlalu sibuk dengan apa yang aku rasakan mampu untuk membahagiakan sehingga aku terlepas tentang sesuatu. menikmati masa yang ada dengan mereka yang masih ada. 

dewasa ajar aku untuk takutkan kehilangan. aku terlalu sibuk dengan hal-hal dalam kehidupan yang hambar sehingga aku lupa ada banyak perkara yang kecil mampu buat hidup aku lebih bermakna. banyak yang telah aku hilang. terutamanya masa. semua dah berubah. tapi aku syukur kerana aku maish belum terlambat untuk nikmati saat aku masih punya ibu ayah akak.

cumanya aku terkilan lihat kehidupan sekarang. tertutup. aku sedih tengok ramai yang aku kenal jadi orang yang pernah aku kenal. siapa kata kesenangan mampu berikan kita segalanya. kadang-kadang kita lebih menghargai saat kita tidak punya apa.

aku harap sangat aku dapat ulang rasa hidup dulu. bergaduh tapi tidak berdendam. menangis tetapi tak berduka. sama kawan-kawan sama keluarga semua.

ini kehidupan. yang kita tidak mampu punya semua selamanya.

dan ia sakit.



Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya