#1 stigma.

Menghapus prejudis. Rasa prejudis yang paling buruk ialah prejudis pada diri sendiri. Stigma yang paling susah nak buang adalah tidak percaya pada diri. Sayangnya tanpa peduli tentang diri sendiri kita menampal tempel prejudis pada sekeliling. Ini bukan kisah kamu. Ini tentang aku. Sengaja mahu mengingati diri sendiri. Jika kamu peduli juga tak salah

Apakah gelandangan akan terus jadi gelandangan jika dia punya ruang untuk bersaing dalam keramaian dunia? Apakah penagih akan terus menagih jika dia mampu keluar dari kancah hitam itu? Apa gadis yang dirogol tanpa rela itu tetap sama tarafnya sama mereka yang menjual bebas dirinya untuk sesuap nasi? Apa dia yang menjual diri untuk sesuap nasi itu lebih hina daripada kekasih yang menyerahkan dirinya percuma? Apa pasangan kekasih itu lebih mulia daripada mereka yang jatuh sayang pada jantina yang serupa? Apa dunia ini hanya punya kehidupan buat yang bernasib baik semata? Siapa kita untuk memandang serong pada mereka?

Tiada siapa mahukan jalan hidupnya gelap. Hidup tentang pilihan kita perlu buat pilihan untuk tentukan hidup ini bagaimana. Cuma tak semua dari kita punya hak untuk memilih setelah keupayaan itu dirampas sekeliling. Setiap kita perlu peluang. Peluang untuk cuba keluar dan punya turning point tersendiri. Terus-terusan melabel salah, derhaka, berdosa tak menjadikan si mangsa bebas merdeka. Beberapa kali diingat yang berdosa tingkah lakunya hukumlah tingkah laku itu bukan keseluruhan hidupnya. Cukuplah merasa kita ini lebih baik atau bernasib baik. Kerana terus selesa dalam selesa menjadikan kita terus terkurung dalam tempurung yang ditekup sendiri.

Kita perlu berhenti membicarakan tentang masalah dan berusaha mencari penyelesaiaannya. Ya, dalam dunia memang ada orang jahat. Ya, juga mereka boleh menjadi lebih baik dari kita. Hidayah milik Allah. Tiba masa untuk kita sama-sama menghulur tangan bahu dan telinga untuk bersama mereka. Mungkin kita hanya satu suara kecil namun suara pada bilik yang sunyi juga mampu didengar. Jadilah suara dalam kebisuan itu. Yakinlah ada yang mendengar.

Melihat anak-anak membawa naskah yassin, tisu untuk dijual, pak cik mak cik kurang upaya menapak demi sesuap nasi. Melihat penagih di bawah kolong, melihat gelandangan dan kotak tilam mereka, melihat anak-anak gadis yang pernah hanyut menggendung kata sinikal tohmahan cacian, melihat pasangan2 bermesra, melihat lelaki mencintai lelaki, wanita mencintai wanita. Sedih. Kehidupan apa yang sedang kita hayati sekarang? Bila ketidakpedulian adalah cara untuk hidup bersama senang.

Biar siapa pun mereka biar apa puncanya siapa kita untuk menjahanamkan mereka? Aku tak kata penagih itu perlu disayangi kerana menagih aku tak kata lgbt perlu dihalalkan orientasi mereka. Cuma menjatuhkan hukuman menyisih tak akan menjadikan keadaan lebih baik. Mereka yang keliru jangan dibiar dengan soalan yang dijawab dikalangan mereka kerana jawapan yang diterima adalah sama. Setiap dari kita mahu hidup yang diakukan itu norma. Begitu juga mereka. Salah itu untuk dibetulkan bukan terusan dijatuh hukuman seolah kita ini Tuhan.

Membaca satu demi satu kisah di merata buat aku semakin takut untuk keluar ke dunia nyata. Takut kerana ketidakupayaan aku melakukan apa-apa sekadar menulis di sini.  Cumanya aku mampu sedih dengan dunia yang perlu aku hadapi beberapa tahun lagi. Ketidakpedulian menjadi resam kehidupan. Prejudis dibiar terus merebak. Prasangka membiak. Kecelaruan merata. Di mana pemgakhirannya?

Kesimpulannya, lihat mereka sebagai manusia. Dekatilah, berkongsilah. Kajilah. Main peranan masing-masing. Berhenti menggelar. Berhenti menghindar. Sudahlah kisahkan tentang pokok yang tumbuh peduli pada benih yang mencambah, lihat akar yang mencengkam.

P/S : lewat ini aku cuba menjadi yang tidak peduli. Tapi sudah tak mampu lagi. Aku juga sedang mencari diri dan jika kesempurnaan yang mampu membenarkan aku berkongsi ternyata sehingga mati aku cuma satu jasad yang bernafas. Maaf atas khilafnya. Ini cara aku mencari diri. Hormat buat mereka yang sudah mendahului bicarakan hal ini. Terima kasih menjadi inspirasi. Seorang darinya, si sahabat ej.

Comments

Faaeinz said…
lgbt itu apa?

membaca perkataan 'stigma' membuatkan aku rasa betapa ceteknya ilmu yang aku ada.
perkataan stigma pun aku tak tahu apa maknanya. =__=
encekgadis said…
lgbt tu .. lesbian/gay/bisex/transgender

sebenarnya aku pun tak tahu lah aku guna betul ke tak stigma tu haha.. yang aku tahu dia tentang pandangan negatif terhadap sesorang atas pengaruh sekeliling.

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya