mimpi biar sampai ke bintang.


masa zaman kanak-kanak ribena bila orang tanya pasal cita-cita mesti aku bagi jawapan klise dengan pekerjaan yang tau mau kalah tinggi popularitinya. macam doktor haiwan. kenapa haiwan? entah. lepastu bila dah besar sikit cita-cita aku pun semakin besar pemilihan cita-cita berdasarkan kehebatan cita-cita tu dan jugakan ke-rare-an nya. masa aku form1. waktu orientasi ustaz suh sorang-sorang pergi depan bagi tahu cita-cita. dan masa tu dengan yakin cita-cita aku nak jadi penulis novel. sebab? sebab masa tu aku dah pandai baca novel dan aku dapat tahu tulis novel dapat banyak duit dan aku tahu jugak yang tak ada seorang pun budak seramai-ramai tu nak jadi penulis novel. nampak tak btapa hebatnya aku?

lepas tu bila dalam kelas cikgu bagi fail rekod pelajar kena tulis cita-cita. disebabkan tak nak dipandang sinis oleh ustazah aku so aku pun tulis lah pilihan pertama pensyarah, kedua programmer komputer. aku tulis programmer komputer sebab aku memang minat bab-bab komputer ni masa dalam kelas komputer aku kira hebat lah dari lain. hidung kembang. ouh kenapa aku tak tulis penulis novel? sebab masa dalam dewan ari tu bila aku cakap cita-cita aku penulis novel satu dewan gelakkan aku. heh tu lah diaorang tak maju dan optimis macam aku.

lepas tu bila dah form 4 dapat la masuk kelas sains. ibu ayah akak tak berapa nak setuju sangat sebab diaorang kata susah. takut aku tak leh bawak. and aku.. entah aku rasa aku ni manusia yang tak ada hala tuju duk ikut orang. ye aku mengaku aku amik sains jugak sebab semua best friends aku amik sains. cuma slacknya kawan aku semua rajin belajar aku ni rajin main.  tu yang spm aku macam bangang tu ha3. masa form 4 form 5 aku nekad bila amik sains kena lah cita-cita untuk bidang yang berkaitan. dan masa tu aku pasang cita-cita nak jadi doktor psikatrik. sebab utama? mesti lah sebab rare kah3 lepas tu sebab aku suka. aku minat. aku suka benda yang berkaitan dengan tingkah laku orang ni. bab-bab psiko ni memang kena ar ngan jiwa aku. aku suka tengok orang dan buat pemerhatian.  masa form 4 ada gak aku sediakan cita-cita backup kalau tak dapat jadi doktor psikatrik aku nak amik dentist ke amik landskap ke walau pun aku ni physic or berkaitan no tu aku lembab

tapi....
kesemua cita-cita tu sekadar cita-cita, sekadar jawapan bila orang tanya tentang cita-cita. masa tu aku tak sedar diri yang aku punya otak tak sehebat kawan-kawan aku yang lain. dan aku sendiri tak tahu apa talent aku. cita-cita nak hebat tak mau kalah dan sekarang jalan yang aku lalui jauhhhhhh daripada impian sampai ke bintang aku tu.

haih.... ye aku tak salahkan jalan hidup aku sebab aku tahu DIA tahu yang terbaik untuk aku. cuma. aku.. aku kalau boleh aku nak satu hari nanti aku boleh jadi orang yang bebas. maksud aku. aku rasa minat aku sekarang pada penerokaan. aku tak suka buat benda yang sama tiap hari. aku rasa macam gila kosong rugi dan membazir. aku nak kerja yang boleh bawak aku pergi tempat banyak-banyak jumpa orang macam-macam. aku dah biasa duduk dalam ruang empat segi batu seorang-seorang dan cakap dengan komputer beku. aku nak mengembara nak sesuatu yang berbeza dan lalui benda yang aku tak sangka akan berlaku hari esok. dan bukan setakat pergi kerja balik dan keesokannya melakukan benda yang sama.

dan..
aku tahu benda tu susah sebab hidup aku bukan tentang hidup aku seorang....

-mimpi biar sampai ke bintang kalau tak dapat bintang capai ke langit pun cukuplah-
tapi aku tak tahu langit itu ke yang aku nak capai. entah

p/s: baru lepas melayan mimpi sampai ke bintang.



Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya