cinta monyet

gambar milik


cinta monyet.
ah bijak juga monyet-monyet ini bukan main lagi menjadi kepala kepada cinta. kepala?
nak tahu kenapa panggil cinta monyet? tak cinta beruk ke cinta beruang atau cinta panda?
siapa wujudkan istilah cinta monyet ini sebenarnya
dan apa definisi juga teori bagi ideologi cinta monyet? dan sepanjang tempoh manakah dipanggil cinta monyet? 
adakah cinta monyet adalah cinta pada zaman budak-budak? atau cinta sewaktu belajar? jadi definisi budak itu pulak umurnya berapa? belajar itu pulak adakah jika bercinta ketika belajar peringkat sarjana juga dipanggil cinta monyet? apakah cinta monyet itu adalah cinta pada zaman sekolah saja? bagaimana jika seorang pelajar stpm umur 19 tahun bercinta apakah cinta mereka cinta monyet? sedangkan rakan mereka di institusi pengajian tinggi selain sekolah tidak?
jadi bagitahu aku tokoh dalam bidang cinta monyet ini. pengasas istilah ini aku mahu jumpa. jika dia sudah tiada di dunia maka berikan aku buku tulisan beliau atau apa sahaja yang berkaitan dengan cinta monyet. apakah pengasasnya seekor monyet?

masa sekolah dulu ada kawan aku cakap cinta monyet ni penting sebab masa ni dikira sebagai tempoh masa orentasi dengan dunia percintaan. pengalam penting maka bila tiba masanya nanti kau akan lebih bijak untuk memilih pasangan yang tepat untuk kau. 
tapi tidak pulak dia jelaskan kemungkinan akan ada jugak seseorang itu jadi trauma akibat pengalaman dia tu. 

jadi aku nak tahu apakah menjadi satu kemestian bagi setiap manusia bercinta monyet? apa buruk baiknya. aku cuba cari dekat wiki apa tu cinta monyet. dan tiada jawapan. mungkin sesiapa boleh jadi orang pertama memberi definisi cinta monyet. yang pasti bukan aku sebab kalau aku tahu tak akan aku tulis post ni. 

setiap orang atau mungkin lebih tepat kebanyakkan orang pernah melalui cinta monyet ni. dan dianggap lumrah bagi kalangan budak-budak baru nak up. cuma satu jika sudah tahu itu cinta taraf monyet. jadi jangan jadi monyet. monyet tak perlu kahwin dalam melakukan perhubungan. monyet tak perlu fikirkan tentang pelajaran taraf hidup pekerjaan juga impian. monyet jugak tak perlukan duit untuk terus survive dalam hidup.

tapi pelaku cinta monyet perlukan semua tu. dan seharusnya tidak perlu bertingkah seperti monyet. bersentuhan berdatingan berperlakuan dengan berlebihan dan melampaui batasan. jika semuanya sudah diberikan ketika cinta monyet jadi apa tinggal pada cinta manusia juga paling penting cinta pada ALLAH. untuk mereka yang sedang bergelumang bahagia cinta monyet pengorbanan dan kebodohan adalah benda yang berbeza menjaga segala batasan ini bukan pada pencinta cinta monyet tapi untuk semua juga cuma pada pencinta monyet baru mengenal dunia jalan masih panjang jangan calarkan jalan baru kehidupan dengan calar hitam... 


lelaki panjang berkacamata cinta monyet aku yang tak berbalas hahahaha yang paling lama aku setia. ingat balik merah muka!! aku anggap itu sebagai hobi masa lapang. cuma yang aku sedar cinta monyet cepat datang dan pergi ye 4 tahun tu cepat lah jugak.. ha3.. 

p/s: kenapa aku tulis pasal nie? oh ya tadi terskodeng lelaki panjang berkacamata dia makin panjang haha. walau bukan yang pertama. oh aku dah ramai sebenarnya dan semuanya aku bermain tepuk dengan angin menggunakan sebelah tangan. kini aku rasa? aku rasa sayang hey rasa sayang-sayang hey... cinta akan datang bukan dari manusia tapi dari DIA yang ESA... adik-adik kau pergi belajar dulu ah baru fikir pasal cinta. kau keluar masuk masyarakat dan kau akan jumpa ramai!!! percaya lah!! 



Comments

suekayla said…
beb,terbaik r entry..hmpir terasa gak ku ketika membacanya..hahaha
btw,cinta monyet mengajar kita lbh berhati2 utk mencari cinta yg sebenar,,,ahaaa meet lelaki panjang berkacamata?i think i know ha.....
encekgadis said…
hahahah kau aku lebih kurang je.. cuma rekod kau lagi lama hahhaha...

cinta monyet wat kita berhati-hati. ya betul semoga hati-hati cinta monyet kau bagi erti =)

ye lelaki panjang berkacamata itu jumpa di fb sahaja... x berubah dia hok3...
hahaha..

aku mahu bilang..

aku malas nak baca..

panjang sangat..

tapi takpe..

aku dah scan..

nampak dah sebab kenapa kau tulis panjang-panjang..

sebab ku jumpa jejaka panjang berkaca mata..

owh.. angau rupanya dia..

hahaha.. ;P
encekgadis said…
hahahah kalau kau nak tau yang panjang tu mukadimah je ekekek

eh lelaki panjang berkacamata tu cerita lama bukan angau mengimbau kenangan nak tunjuk aku ni setia ekekeke

kalau angau pun mungkin bukan lelaki panjang berkacamata ekekekkeke

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya