ombak rindu.

ombak rindu

baru habis baru je dalam beberapa minit yang lepas
mungkin ada antara anda yang dah tonton lebih dari satu atau dua kali
tapi aku tak peduli

status-status kat facebook buat aku rasa
perlu mencuba untuk tengok.
aku sebenarnya tak suka tengok
filem adaptasi dari novel
sebab nanti rosak imaginasi dan bayangan aku

tapi dah akak download
layan jugak.
yang menarik
tempat-tempat dalam cerita tu
rumah kayu tepi laut macam
cantik.
cuma aku tak berapa berkenan cara dia swap cerita
dari satu babak ke satu babak
aku tak nampak perkaitan dia.
perubahan dari babak pertama tu lambat
dan tiba-tiba keluar babak seterusnya.
oke aku bukan orang filem
jadi aku tak berapa faham seni

bila orang kata cerita ni boleh tangkap leleh
ramai menangis
aku cuba uji
daya tahan jiwa sensitip aku
tapi ternyata tak ada setitik pun.

aku suka jalan cerita dia
sebab aku pernah baca novel dia
maka aku rasa novel dia lebih terbaik
ye lah bila dijadikan movie banyak adegan yang tak ada
sebab filem durasi masanya terbatas.

apa pun sebagai seorang yang bersifat patriotik
aku ucapkan tahniah kepada pengarahnya
usaha yang dilakukan  berjaya menarik minat ramai penonton
kawan aku yang lelaki pun boleh tahan melayannya.

cuma aku harap lepas ni tak dijadikan pula drama bersiri macam
lagenda budak setan dan beberapa filem yang lain
sebab sangat membosankan.

ombak rindu gagal menggugat kami the movie yang berjaya buat aku surrender merembes air masin dari mata.
sehingga kini kami the movie masih filem terbaik mungkin songlap dapat mengganggu gugat atau setaraf
kesimpulan tak kena jiwa.
sebagai hiburan ya berjaya.

eh jangan marah apa aku tulis ini pandangan aku. tak semua kita suka benda yang sama. kalau semua sama tak adalah wujudnya variasi.

last.. last.. tengok lisa surahani versi negatif ya berjaya.

bukan cerita ni tak bagus cuma tak kena dengan jiwa aku. =)

30hb birthday ibu..
happy birthday ibu sayang muah3.. tak ada kata banyak boleh aku ucap hanya doa dan kejayaan menjadi insan manusia dan hamba kepada ALLAH serta anak untuk ibu dan ayah. aku cuba!

p/s: demm... sejak bila reti review movie ni. eh dah basi! ape aku kisah tak pe lah lepas ni aku stick review buku je. adeh! lupa awek chuck taylor! lek.. lek beberapa buah buku sedia untuk direview. sekarng aku menikmati hidup sebagai pencuti tegar tanpa tanggungjawab. isnin dah kena balik.. dem rasa

Comments

Faarihin said…
aku tak tengok2 lagi ombak rindu tu..

cukuplah dah baca novel dia..

selamat ulang tahun buat ibu kamu..

semoga Allah sentiasa berkatinya.. ^^,
encekgadis said…
aku rasa cukup dengan membaca.

yup terima kasih doakan kesejahteraan ibu yup. =)
insyallah..

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya