#HiatusRabak15





Tenang,

Tenang hatimu sayang 

Pujuklah rasa benci pada diri sendiri 

Terbang,

Terbang tinggi melayang 


Melayang menjauh saban hari. 


Alhamdullilah semua selamat. 5 tahun 5 bulan selesai.
Aku malas cerita panjang. Sudah letih.
Cuma terima kasih Tuhan. Terima kasih Ayah ibu akak dan sahabat.

5 tahun selesai untuk sebuah permulaan sebuah kehidupan baru.

Aku masih mencari dan aku masih keliru. Masih belum sedia.
Saat ini aku sedang meresapi perubahan-perubahan mendatang.
Semoga Tuhan permudahkan.

Aku mahu persiapkan diri. Ada terlalu banyak yang perlu aku usahakan. Terlalu banyak.
Ada ketika-ketikanya. Aku mengharap pada sebuah perasaan yang ternyata salah dan perlu aku bunuh. Sekarang secara laju.

Semua ini salah dan aku perlu ke hadapan bersama mimpi-mimpi dan impian.

Aku tersuka pada satu susuk tubuh yang jauh lebih sempurna dan aku perlu bunuh suka itu. Aku perlu fokus pada kerja-kerja aku. banyak yang perlu aku usahakan. Doakan aku menjadi kuat. Aku mahu jadi wanita besi. Aku mahu berdiri tegap.

Pengalaman lalu banyak mengajar tentang kehidupan tentang mengejar realiti. Dan berhenti sama angan-angan palsu. Denial.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya