#HiatusRabak10


Aku.
mahu menimbun duit di tabungan.
Kemudian mahu aku gali semuanya keluar dan...
Aku mahu lari. pergi ke daerah sepi yang mampu penuhkan kosong ku.

Aku dan kegagalan-kegagalan lalu yang menggelamkan aku dalam lena yang asyik.
Aku mahu henti bencikan diri sendiri kerana cinta yang jatuhnya salah.
Segalanya salah dan tidak benar.

Aku mahu cinta punya aku.
Aku mahu rindu bertamu tika sedih memeluk aku hampa pada pengharapan-pengharapan kosong.
mencintai diri sendiri dalam pandnagan paling jelas dengan keinginan yang mendalam.
Narsisis mungkin di label label nanti.
Cuma mungkin ini terbaik buat melapis luka-luka hiris atas dasar ingin yang tidak tentu.

Diam.

kata-kata di atas entah apa ceritanya tentang apa siapa dan bagaimana
In denial, Inferior. Atau apa sahaja kenapa
Aku cuma memujuk kecewa tidak lagi mencium ubun-ubun hari dan meninggal aku lagi saat bulan di dada langit malap kelam tanpa bintnag yang jatuh satu satu.

Entah.

Suka, cinta, mahu. itu satu dera. Hukuman yang jatuh kerana salah yang tak pernah benar.

Titik.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

minimalis

change