#NotaH33

Adakalanya keterasingan menjadi hal biasa sebagai teman hari-hari berlalu.

Adakalanya aku mahu bertanya pada mereka tentang,
Bagaimana mereka untuk berada di tempat aku. Apa mungkin mereka betah untuk menunjal-tunjal yang lainnya lagi. Lantaran ini aku menyoal mohon kau punya jawapan.
Dihujani serangan bertubi-tubi disudut kiri dan kananku tanpa henti atas dosa aku tidak melakukan apa yang mereka lakukan.

Aku direjam kerana kerja-kerja aku.
Aku direjam kerana usaha keras aku.
Aku direjam kerana ketelitianku.
Itulah antara dosa-dosa yang aku lakukan tidak padan pada pandangan mereka.

Tambah tolak sebulan lagi untuk bertahan. Moga aku kuat untuk keluar dari kesulitan ini.

Comments

Popular posts from this blog

dunia.

#764

cerita aku