#NotaH24

Mungkin, hari ini
sekarang.
Aku sedang terkurung dalam sebuah bilik kotak batu empat segi.
Sambil dari jauh menonton keseronokkan mereka yang bernasib baik
mampu terbang ke awan,
ke lautan,
Mencium harum bau tanah milik orang.
Bersama kegembiraan tanpa ada apa yang perlu dihirau dirisau.

Mungkin hari ini
aku seorang manusia biasa yang lemah  dan dihurungi cemburu
cemburu, mahu juga aku kecap bahagia seperti mereka.
sambil jemari aku menari-nari diatas kekunci huruf dalam bilik kotak batu empat segi.

Mungkin hari ini
aku hanya mampu untuk bercerita melalui apa yang aku baca
melalui apa yang aku lihat dari jauh.
sambil sekeliling aku adalah helaian kertas bersepah
dan tingkat-tingkat buku ilmiah
serta soalan-soalan yang perlu aku selesaikan.

Mungkin hari ini
belum tiba lagi masa untuk aku bercerita apa yang aku rasa
belum tiba lagi masa untuk aku ke mana-mana
hanya mampu bermimpi dan melakar rancang-rancang yang entah mampu 
entahkan tidak aku kutip satu persatu.

Mungkin hari ini, begini
tetapi esok atau nanti siapakan tahu
Aku percaya Tuhan itu baik
DIA tak akan mengecewakan.
dan jadi kerana itu aku percaya
aku kan terbang. Mencapai awan,

Aku akan terbang. Aku akan pergi. Tinggi
Aku percaya.

Aku akan buktikan.
Semoga kau sabar menunggu.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya