#NotaH23

Biar lambat asal selamat.
Dalam usia begini mungkin aku banyak ketinggalan dalam aspek kehidupan berbanding rakan yang lain. Tapi perjalanan kita tak sama kan? Cara aku menikmati kehidupan dengan cara kau tak serupa.

Saat rakan aku sudah menjejak ke pelusuk dunia aku masih lagi terkurung dalam sebuah bilik kotak empat segi.

Nanti saat di awal kerjaya mereka menikmatinya, aku pula menyusun langkahku satu persatu berhati hati. Kau perlu tahu aku tak suka kepada persaingan sebab aku tak suka kebarangkalian untuk kalah seperti itu juga dalam hidup aku tak suka pada kebarangkalian gagal atas salah aturan. Aku bukan seorang yang berani dengan risiko dan aku bukan pemain yang bagus dalam apa-apa pertempuran sekalipun. Aku seorang pengembara, mengembara ke lekuk liku jalan kehidupan yang aku tahu setiap langkah aku pasti ada ujian yang perlu aku tempuh jadi aku perlukan persediaan. Seperti mana aku tak percaya kepada kebetulan begitu jugak aku mempertanggungjawabkan diri aku terhadap perancangan kehidupan. Semuanya aku mahu nikmati sebaiknya.

Tak perlu terkejar-kejar. Kun fayakun. Tuhan maha tahu. Cuma untuk pilihan yang disediakan aku perlu tentukan dengan lebih baik. Dan keputusan aku adalah pada apa yang aku usahakan sepenuhnya. Sedar tentang permulaan ini tak akan mudah. Jadi, apa yang peelu disediakan tika ini adalah bagaiman mahu ketawa saat sakit dan bangkit saat jatuh.

Aku boleh jadi tidak bagus untuk atasi kecewa tapi aku boleh jadi bagus untuk bersedia menghadapinya. Aku percaya Allah tu baik. Aku percaya susah, gagal, sakit itu ketentuan DIA untuk sesuatu yang lebih baik. Mungkin aku tak bijak dalam permainan kehidupan, mungkin aku miskin pengalaman tapi aku bukan dilahirkan untuk menyerah dan kalah. Aku percaya itu sebab ramai yang dah buktikan sakit mereka sebelum ketawa. Kehilangan mereka untuk sesuatu yang lebih bermakna.

Aku percaya aku milik Tuhan.
Cuma aku perlukan doa semua. Doakan aku tak kecundang. Aku mahu menginspirasi. Itu cita-cita utama. Mari bangunkan jiwa. Sekarang. MULA!

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya