#NotaH27

Aku dah kena berhenti cerita tentang hati dan perasaan.
Aku sepatutnya kena fokus pada apa yang diperlukan untuk aku terus fokus. Seharusnya aku hiatus dan perlu hiatus. Aku perlu berikan perhatian kepada apa yang perlu aku perhatikan. Perubahan yang aku harapkan dan merungkai segala keserabutan untuk hidup yang punya makna lebih.

Aku perlu berhenti menjadi pungguk yang rindukan bulan
kerana bulan tak akan jatuh ke riba.
Aku perlukan perubahan yang betul merubah dan berubah. 

Aku perlu bebas dan kekal dalam perancangan asal
menuju tingkat-tingkat cita yang aku harapkan
merencana sebaiknya.

Aku perlu berhenti bicara tentang hati dan perasaan
kerana sudah 23 tahun dia masih belum betul.
dan tak perlu dibetulkan lagi.

Aku hanya mahu habiskan perjuangan ini sebaiknya dan kemudian teruskan perjuangan yang lainnya. Sungguh, hal hati dan perasaan ini menyucuk seksa aku dulu, kini dan tiap kalinya.

Berpijak dibumi nyata aku sudah perlu henti berperasaan pada yang tidak-tidak
dan meneruskan perjalanan.

Aku perlu lebih tegas barangkali.

Comments

Faaeinz said…
23 tahun itu bagiku angka itu masih muda. Jangan sia-siakan masa mudamu gadis.

lama sudah tidak kusinggah ke sini. =)
encekgadis said…
Faeeinnn... rindu.. =,(

Aku pun dah lama tak pergi melawat kau.

Aku tengah berperang untk sisa sisa akhir kuliah.

Doakan.

Yup 23 masih muda dan aku perlu bina empayar hidup aku dan ya ada yang perlu aku lepaskan. =)

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya