#NotaH33

Hari ni aku rasa nak marah betul.
Marah yang meluap-luap.

Ayah ibu pesan kita orang susah kerja biar betul.
Setiap hari bila mesej ibu ayah kata aku nak pergi kelas.
Ibu akan balas
"Belajar rajin-rajin, biar berjaya."
Ayah akan balas.
"Belajar elok-elok, sembahyang jangan tinggal."

Maaf, aku hidup bukan nak menyusahkan orang
dan tindak aku bukan untuk sesiapa
Melainkan ibu ayah akak.

Aku berkerja sehabis baik kerana pesan-pesan ibu ayah.
Aku bertahan dan terus berdiri kerana ibu dan ayah.

Aku tidak di sini untuk nanti aku bekerja punya wang dan boleh dibuat tabungan kahwin.
Aku bukan disini untuk nanti bekerja dan punya wang untuk bercuti dan berjoli.
Aku bukan disini untuk senang hati sesiapa melainkan ibu ayah akak aku.

Apa mungkin kau ke sini di atas pesan pergilah belajar semoga nanti habis kau ketemu jodoh dan kawen?
Itu aku tak mahu masuk campur.

Dan aku disini bukan untuk keluar dan perolehi sekadar segulung ijazah. Kerana segulung ijazah hanya sekeping kertas yang bila kau bakar akan hangus dan hilang terus.

Aku bukan disini juga bukan untuk mencari teman sejati kerana teman sejati tu Tuhan akan bagi walau aku tak mintak. Selayaknya teman sejati adalah seperti mana aku. Dan Alhamdullilah Tuhan dah bagi aku dua orang yang paling boleh terima cela aku. Yang paling layak untuk ketawa bersama aku dan tak akan pernah aku tinggal atau biar disakitkan. Aku tak perlu untuk teman dan mengimpresskan sesiapa. Tak perlu.  Dalam hidup cukup pada aku untuk aku puas diatas kepuasan aku dan kau terpulang atas apa yang memuaskan kamu.

Bodoh!

Di sana kau tebar cerita, Di sini kau canai dusta. Kau kau dan kau korek selagi boleh cela aku untuk dilelong, lelong. Dan kemudian kau berdiri di hadapan aku beramah mesra sambil tersenyum. Maaf, aku mahu tanya ada sesiap masih boleh ketawa saat belakangnya ditikam bertubi-tubi? Boleh bagitahu aku siapa?

Celakalah kau. Celaka semua. Aku akan pastikan satu hari nanti aku berjaya menapak terus ke puncak dan meninggal kau jauh di bumi. Dan saat itu aku akan pastikan yang bersama saat dilopak aku juga sampai ke puncak dan aku mahu lihat engkau nanti bagaimana. Aku tahu Tuhan itu adil dan sentiasa ada. Aku ini penuh cela masih diberinya ruang untuk kembali. dan untuk kau, kau dan engkau. Aku akan pastikan satu hari nanti kau akan menyesal dan berharap mulut kau terkunci saat ini. Dah tak berguna.

Aku pastikan aku diamkan kau. Akan diamkan kau. Nanti. bukan hari ini.

Semoga Tuhan kuatkan aku untuk bertahan. Moga aku mampu terus tuli

Comments

Syuhada said…
yeah go for it, bebeh!
encekgadis said…
Yup, lets do this!

Thanks dear. =)

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya