Denial
Mana mungkin kau mampu menghenti aku
Menulis,
Kerana jiwa kami sebati serupa.
Ibarat lagu dan irama
Jika berpisah maka pincang
Sejak waktu menelan sebuah perhubungan itu
Aku tidak lagi sama.
Kau tahu?
Payah.
Sejak semua yang aku pikul itu dibawa seorang
Sejak segala rasa itu milik aku sendiri
Tiada ruang untuk disebar supaya separuh darinya hilang
Seperti biasa.
Kau tahu?
Tak kau tak tahu.
Ya,
Katakan apa sahaja
Masa dah bawa semua itu jauh.
Asing.
Maafkan aku.
Aku perlu terus menembok hati ini
Kerana dia terlalu mudah pecah merebah.
Tawa tawa aku kadang sumbang dibuat buat
Senyum aku tawar tanpa rasa
Jika perlu aku tuliskan semula
Tentang rasa bertuah diteman
Pasti kajang kajang kertas tidak akan cukup
Tak kan mampu aku habiskan.
Cukup untuk diteman saat jatuh bangun penuh celaka.
Jauh aku cuba lari untuk melupa
Dan setiap kalinya aku kecundang
Dihantui semalam
Menyinggah memberi salam
Masih terbayang di ruang memori aku malam itu
Saat semua terurai
Betapa rasa takut akan kehilangan
Menewaskan egois dipegang aku bertahun dulu.
Semua hancur lebur pada satu malam
Sia sia.
Sia sia dipertahan aku hari hari lalu.
Saat ini aku sedar
Bumi berputar dan kita berubah.
Tak akan ada yang tetap dititik yang sama serupa
Sehingga dijemput tuhan menemui mati.
Kau pergi kerana sifatmu sementara.
Aku faham. Terima.
Sehingga hari ini
Mencuba untuk terima
Hari hari tanpa kau
Merubah aku
Terlalu.
Aku belajar berdiri sendiri.
Di atas kaki sendiri
Saat tersakiti.
Walau kadang aku kecundang
Menyeret muka mencari kamu.
Kau masih ada
Keadaannya cuma tidak serupa.
Maafkan aku.
Aku masih mencuba
Berikan aku masa
Supaya seluruhnya nanti mampu aku tinggalkan.
Kerana aku tidak betah buat kamu.
Kau selayaknya lebih baik.
Kerana cela aku bersepah
Memburuk celaka kamu tanpa noda.
Saat ini aku hampir untuk pergi dan masih diuji
Saat ini aku akan pergi.
Terus tanpa kembali.
Kau terlalu sempurna
In denial aku cuba.
Mungkin berjaya.
Perlu berjaya.
Gua musang | 6/10/13 | 21.30
Comments