tentang mereka mereka dan kita kita
teluk ketapang 5/10/13 |
ada mereka mereka yang sedang menangis
ada mereka mereka yang sedang ketawa
dan
ada mereka mereka sedang bertanya dunia siapakah engkau
ada juga mereka mereka yang bertanya Tuhan, aku ini siapa?
disebalik semua persoalan itu ditutup mereka mereka
dengan cerita penuh nista tentang dunia ini
perlu diraikan penuh ghairah yang gembira.
adakala aku mahu keluar dari sebalik dinding itu
dan menjerit pada dunia
"hey semua telinga dipunya manusia! sini dengar aku. apa telinga kamu itu buat kisah gembira suka semata? apa jelik kisah jijik hodoh celaka aku ini? hey semua! mana telinga kamu saat aku perlu didengar. ahh sudah tidak mahu dipinjam telinga aku juga tidak kau pulang. berikan aku semula. mari ke mari. aku sendiri sudah pekak sama suara hati aku. mari pulangkan segala!"
apa aku ini manusia cukup bagus untuk demikian? tidak. aku sudah terlalu narsis. aku perlu lebih bisu. aku perlu bina lebih jeriji besi. biar tiada siapa telus. tiada siapa tembus. biar aku ini punya aku dan cuma Tuhan.
biarlah manusia. semuanya. tinggalkan aku terus.
aku sedia sayang.
aku sedia.
#np : someone like you. dan di minda aku cuma tentang kisah kisah itu. yang tak terceritakan aku pada sesiapa. Tuhan terima kasih kerana takdirmu menemu. aku tahu sudah tidak ada harap yang layak untuk aku letakkan lagi. Tuhan terima kasih bunuh rasa hilang itu. cuma Tuhan. detak aku sudah tidak normal. mungkin aku perlu hilang dia. selamanya? Tuhan, aku tak mampu untuk melupus kata dia. terngiang lagi. Tuhan untuk selama jatuh bangun jahanam selama ini Tuhan, Kau kirim dia. dan kini sudah tiba masa untuk aku lepaskan dia kan Tuhan? tapi tetap dihadirkan dia. Tuhan... aku mahu hilang dia kerana bukan dia dimilik aku. selamanya. cuma Tuhan, apa aku kuat untuk itu? Tuhan, izinkan aku mencuba. sekali lagi? bina terus tembok ini. biar aku melupa terus ya Tuhan?
demi kepuasan dan janji yang tidak terpastikan. aku nekad menjadi yang baru. izinkan aku Tuhan.
11/3/15 . janji aku. moga jika diizinkan Tuhan waktu itu. aku yang tidak serupa lagi benar-benar mampu untuk menolak terus jauh semalam biar tersemat dalam naskah naskah lama. sebuah kisah tentang kita. gadis nota pelekat dan notepad nya. sehingga encekgadis mampu matikan keduanya.
Comments