Destinasi

Aku dalam perjalanan ke satu destinasi.
Yang aku tahu satu hari nanti aku akan berhenti
Sambil ditemani musik hinggar seperti selalu
Juga buku buku gila yang buat aku inzal.
Seperti hidup yang sebenarnya
Kebiasaanya
Aku melihat bibir itu mengukir senyum ketawa
Aku lihat wajah wajah itu ceria bahagia.
Aku lihat mereka gembira
Tapi telinga aku terlalu bising dengan bicara entah apa yang aku cari sendiri.
Apa rasa mereka
Mengapa begitu dan bagaimana?
Hidup ini tentang aku aku kamu kamu
Atau masih wujud kita?
Kadang kadang aku sering bertanya tanpa mahu tahu jawapan.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya