buka mata.

mood : serius.

tadi dalam kelas ada diskusi pasal ekonomi.
ringgit malaysia dijangka jatuh dalam tempoh 10 tahun lagi menjadi rm3 kepada $1 singapore. dan mereka sedang berseronok dalam keadaan ini kerana dapat mengambil peluang shopping kat malaysia. great!
pelabur asing dinasihat tidak melabur ke Malaysia kerana bimbing mengalami kerugian kerana kejatuhan nilai aset.

dan kita...
sedang masih bersoronok caci maki sana sini tentang fahaman mana betul fahaman mana salah
perjuangan tentang tlgb yang dah memang tak payah pertikai lagi salah dia. masih lagi bangga menjadi keyboard warior dan ultras matyo. si macai macai politik saling memacai antara satu sama lain pergi layan kpop oppa gangnam style dan mengecam aeril dan wawa zainal nikah dua kali.

kepala bana!

golongan bijak pandai masih sibuk dengan penjilidan pangkat profesor dato' tan sri. anak-anak muda di luar negara sibuk bergambar dengan baju sejuk berbulu di samping orang salji dan mafla merah. melompat jerit dalam stadium old trafford dan gambar honeymoon dikala usia 19tahun. bersama terus drama-drama adaptasi novel kahwin muda terpaksa. ah jadah apa!

malang aku kerana sendiri kerana tak pernah cuba untuk buka mata. apa mungkin semua dari kita sedar untuk buka mata apabila kita sudah berada dalam lubang dan bersedia untuk ditanam? dah terlambat teman. dah terlambat.

apa ahli politik buat hari ini? mempertahankan kerusi dan hak sendiri.
apa ahli ilmuan buat hari ini? menjadi pak turut demi prestasi diri?
apa masyarakat buat hari ini? saling mencari salah tolak menolak macai memacai maki memaki.
apa keluarga buat hari ini? menjadi hamba kapitalis.
apa aku buat hari ini? hanya memerhati.

ya tidak salah pada ahli politik, para ilmuan, masyarkat, keluarga.
salah itu aku kerana tak mampu bergerak dan sekadar memerhati. ah pendosa sungguh!


hapuskan segala lumba-lumba untuk dinampak dijaja semua. kita dalam krisis menanti kejatuhan.
malaysia ini terlalu baik rakyatnya sehingga dengan senang hati menerima untuk dihancurkan.
selamat ranap malaysia.

bicara-bicara retorik tidak cukup untuk mempertahankan apa yang kita ada.
berhenti berkata-kata dan lakukanlah
sebelum terlambat

Malaysiaku berdaulat. tanah tumpah darahku. ke mana kita mampu pergi hendak berdiri?

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya