hadiah buat gelandangan
apa perasaan bila kau tengok orang gelandangan eh? apa mereka berdoa kepada Tuhan supaya jadikan mereka gelandangan? Tak kan? masa praktikum dulu macam macam budak dengan latar belakang aku jumpa. budak budak sekolah aku bukan semuanya dalam kalangan orang senang kebanyakkannnya keluarga yang mengusahakan kerja kerja kampung masa first praktikum tu lagi lah sekolah orang asli. setiap kali nak pergi dan balik sekolah mesti lalu kawasan rumah diaorang. macam mana agaknya bila berada di tempat mereka. sekarang ni pun sehari tak makan nasi rasa lembik semacam itu tak masuk marah membabi buta lagi tu. melihat anak anak ni kadang kadang terfikir apa akan jadi pada mereka bila dah dewasa nanti dengan sistem pendidikan yang sedang pincang apa mereka mampu untuk bersaing? masih ramai rakyat kita yang susah merata sedang pendatang pendatang asing sedang membina blok blok banglo mewah. ironi. menjadi pendatang di tanah sendiri.
melihat warga tua anak anak kecil dalam pelukan malam di tepi tepi jalan bersama kotak sebagai katil mereka apakah kita ini masih lagi susah jika dibandingkan mereka. kalaulah orang tua itu mak ayah kita apa kita sanggup melihat mereka dengan keringat yang tinggal tak seberapa tu di kaki kaki jalan di bawah jambatan jambatan mencari tempat berlindung.
untuk itu semoga Tuhan rahmati usaha mereka mereka ini seperti di Institut Memali. jemput like page tersebut. sudahlah semua kita lupakan debat tentang yang bukan bukan dah tiba masa hulur tangan sambil membantu. aku tak berkemampuan untuk turun padang dan membantu cuma aku harap dengan hebahan seperti ini akan ramai yang dapat menggantikan aku. semoga tuhan rahmati kamu semua.
Salam. Projek seterusnya ialah Homeless Care Kit. Pek kebersihan untuk warga gelandangan. Projek ini memerlukan sumbangan wang ringgit daripada anda. Anda boleh menyumbang RM 10.00 untuk setiap pek.SUMBER : fb institut memali
Tujuannya ialah untuk memastikan kebersihan diri mereka terjaga seterusnya mengurangkan risiko jatuh sakit dek isu kebersihan.
1 pek akan mengandungi barangan seperti yang dinyatakan didalam poster. Sekiranya anda ingin menyumbang atau punya keraguan/pertanyaan lanjut, hubungi;
Alynn Shasha/ Benz Ali di FB.
SMS/Whatsapp 0194296938
Email alynnshasha@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------
Dibawah ialah no. acc untuk menyalurkan sumbangan.
No. acc CIMB 5577565400115683 ( AZLEEN BINTI SHARUDDIN)
Email/whatsapp resit/bukti sumbangan.
Target kami ialah 30 beg bersamaan 30 pek. Sekiranya wang telah cukup, kami akan umumkan dan berhenti.
Untuk makluman, kami akan mengedarkannya pada 16 November 2013 jam 8:30 malam di Chow Kit dan kawasan sekitar.
Sebarkan!
1 pek akan mengandungi barangan seperti yang dinyatakan didalam poster. Sekiranya anda ingin menyumbang atau punya keraguan/pertanyaan lanjut, hubungi;
Alynn Shasha/ Benz Ali di FB.SMS/Whatsapp 0194296938Email alynnshasha@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------
Dibawah ialah no. acc untuk menyalurkan sumbangan.
No. acc CIMB 5577565400115683 ( AZLEEN BINTI SHARUDDIN)Email/whatsapp resit/bukti sumbangan.
Target kami ialah 30 beg bersamaan 30 pek. Sekiranya wang telah cukup, kami akan umumkan dan berhenti.
Untuk makluman, kami akan mengedarkannya pada 16 November 2013 jam 8:30 malam di Chow Kit dan kawasan sekitar.
Sebarkan!
Comments