RIP manusia.

berada dalam institusi pendidikan yang melahirkan pendidik setiap kalinya aku tertanya mana sudut ilmu diraikan.
tidak, aku bukan cuba untuk tunjuk bagus bajet pandai segala jadah apa. sebab aku ini juga bodoh dan naif maka aku pertikaikan. kalau aku ini cerdik pandai sudah tak perlu aku bersengkang mata untuk buat semua kerja yang perlu. apa melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi adalah bertujuan untuk dijadikan tiket mendapatkan pekerjaan serta kelansungan hidup seterusnya? apa kita ini lahir ke muka bumi untuk menjadi hamba kapitalis? untuk terus menjadi zombie?
ah gila lah!
kerja kerja dibuat biar dinampak mata mata semua alam. apa ditugas janji siap boleh dihantar boleh dibentang janji ada. disalin sebiji sebulat dari mana mana tak kisah tak peduli lantak biar. jika begitu hendaknya lebih baik aku duduk dirumah layari internet pergi baca dekat wiki pergi cari dekat google. datang semula amik exam. lebih mudah kan? tak letih. tak sakit hati. tak sakit mata. pergi mampos sapa mahu bilang aku ini terlebih. atau apa. aku ini tidak pandai bukan bijak seperti kamu kamu. maka aku ke sini untuk menuntut ilmu.
ke mana budaya bincang soal jawab ke mana unsur keilmuan itu pergi? ah sakit!
pergi mampos lagi atas apa justifikasi yang mahu diletak pada aku. aku bukan ke sini untuk mengangguk apa yang diberikan semata tanpa tahu asal usul mana.

selamat jahanam manusia
pergi kahwin bersenggama semua!

urggghhh....
pergi lantak sana.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya