2014



entri pertama setelah empat hari di dua ribu empat belas. 

tahun baru selalu dikaitkan dengan azam baru, mahu yang baru semuanya. daripada menanam azam yang baru lebih baik kita membentuk diri yang baru. azam kadang-kadang boleh jadi kata-kata manis untuk terus membiarkan diri dengan rasa selesa. tak guna ada azam tapi tak ada tingkah lakunya. 

alhamdullilah 2014 menemukan aku satu permulaan yang dah lama aku cari. permulaan untuk menjadi lebih serius tentang hidup dan diri. berkenalan dengan ramai orang dalam tempoh baru empat hari. buat aku percaya untuk berubah tidak perlu tunggu masa atau tunggu rasa berubah itu datang. untuk berubah perlukan langkah pertama. terima kasih buat semua yang kuatkan aku. setiap orang yang hadir dalam hidup kita jika tidak kekal mereka akan meninggalkan kesan. baik mahupun buruk.

terlalu awal untuk menyatakan 2014 menyeronokkan. kerana ramai yang kecundang ditengah jalan. tetapi mereka kata, jangan putus asa tetap terus usaha.

2014 : tahun akhir pengajian ijazah.buku jalanan ipg afzan.tanpa nama.40buku.misi481.memanusiakan manusia.

semoga segala yang dirancang sepanjang tahun ini dapat berjalan lancar.
insyallah perlu lebih kuat. 

cari ilu bukan nilai mata gred. insyallah. =))

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya