Introvert
Introvert.
Makin lama aku rasa trait ni makin jelas. Antara semulajadi atau aku yang rancangkan aku pun tak tahu.
Kurang pasti.
Mungkin kerana sudah terbiasa jadi aku selesa. Ramai buat aku letih, gelisah serabai. Sampai kadang kadang segala yang aku rasa dihurai sekitar fikiran lalu terpendam terus tanpa aku reti ceritakan semula.
Susun atur bicara aku juga celaru. Sampai kadang kadang aku ketuk kepala sendiri sambil ketawa. Walau sendiri adalah ketenangan dan keselesaanku. Itu tak bermakna aku menjauhi semua yang bergelar manusia. Aku masih perlukan kawan. Janggal aku cuma pada manusia asing atau sesiapa yang tidak berkaitan terus dengan hidup aku.
Semakin hari. Makin kita mendewasa mengejar masa berlari mengejar apa yang dihadapan semakin banyak yang kita lepaskan tinggalkan terhilangkan.
Kadangkala benar aku rasa rindu. Rindu pada bicara bicara ringan luah luah rasa. Aku rindu mendengar kisah teman teman. Dulu pernah aku jadi orang yang ditelefon jam 2 pagi untuk tangis sama sama. Dulu entah kenapa jarak cuma sekadar angka yang tidak punya makna. Dulu jauh itu dekat.
Namun dulu adalah cerita manis yang sudah tinggal kenang kenang. Aku sudah semakin realis. Aku sudah tidak percaya pada janji janji dan kata kata norma. Aku sudah realis yang melihat apa yang berlaku atas kehendak bukan kerana tindak tidak sedar.
Mungkin realis mungkit prejudis atau pesimis. Aku sudah sering sukar percaya hari ini. Aku sudah perlahan lahan berhenti memberi. Kerana sejujur mana seikhlas mana aku rasa kata dan percaya tetap hujungnya, aku tetap melakukannya kerana mahu balasan. Ya aku tak pernah mampu jujur. Aku tak pernah mampu untuk terus memberi saat aku tidak menerima dan saat apa yang aku ada hampir tiada. Jadi perlahan lahan tumpuan aku pada perkara mudah dan materialis.
Buat sesiapa yang sedang berada di benak rindu dan perlu aku. Tinggalkanlah, bila bila saja aku sedia. Buat sesiapa yang kau punya sesiapa sentiasa sedia untuk kau jangan terlalu biarkan dia sedia kerana dia bisa letih tanpa kau terduga.
Benar ada perkara tak perlu kau terlalu. Memaksa. Ada hal yang tak bawa makna walau sekuat mana kau ikat tarik pegang.
----------
Buat sesiapa,
Aku tahu kau sibuk dengan urusan kehidupan kau. Mungkin aku terlalu menuntut kau ke tahap tidak sepatutnya. Mungkin aku terlalu banyak masa dalam kehidupan aku untuk mengeluh. Sesungguhnya, teringin aku beritahu kau yang aku rindu pada mesej mesej rindu kita. Rindu yang bukan sekadar kata.
Segala salahnya aku letakkan dibahuku tanpa kau perlu rasa bersalah. Tak apa faham dengan situasi kau.
Aku gusar melihat nama kau sudah terkebawah di senarai bualan. Ada masanya mahu aku menyapa bertanya khabar, tetapi beberapa kali bicara kita terhenti tiba tiba. Jurang kian melebar mungkin cuma aku rasa. Kau suruh aku percaya tentang dekat di hati, sedang saat itu sudah ragu ragu sama hatiku mungkin kerana aku tidal cukup kuat untuk percaya.
Kau teman istimewa. Dan kerana sudah terlalu banyak hilang yang harus aku berdepan jadi tidak apa.
Aku rindu melihat gurau senda seperti hari hari semalam. Dan sememangnya semalam tak akan berulang. Tentang hal hal mudah tentang segalanya.
Ah.. ya aku sedang merasakan sesuatu, sesuatu yang entah bagaimana cuba tak mampu aku jelaskan.
Maafkan aku kerana tak mampu faham dan bertahan.
Maafkan.
Aku tak punya banyak, dan mungkin aku sudah hampir tidak punya. Tak mengapa, sendiri juga aku mampu ketawa.
Comments