Janggal

Mereka yang wujud pada hari lalu itu
Adalah mereka yang mengajar aku tentang
Adalah lebih baik untuk sendirian
Aku jadi keliru untuk menjadi bagaimana
Mereka ajar aku untuk menjauhi dan kekal sendiri
Aku jadi takut sama bingit hinggar ramai
Kerana selesa aku adalah ruang dalam dinding konkrit.
Lima tahun ini cukup mengubah aku untuk menjadi
Siapa yang semua tidak mahu
Bertemu dengan mereka yang pernah dikenal
Tak seperti mereka yang baru dikenal
Janggal
Setiap kali berdepan dengan mereka satu yang aku rasa adalah janggal
Apa yang boleh aku ucap apa yang perlu aku tutur.
Janggal.
Aku pilih untuk diam saja sambil tersenyum
Katakan saja aku angkuh
Aku cuma berhati hati
Bimbang sama mereka yang darjatnya tinggi.
Sampai bila.
Entah
Aku suka begini.
Tapi tiap kalinya suka aku dipagut saat secara terpaksanya
Aku perlu untuk berhadapan sama mereka.
Kerna terpaksa.

Comments

reenapple said…
Terpaksa sembunyikan diri sendiri. Penat,
encekgadis said…
kan... letih sampai aku rasa nak pergi berambus terus

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya