Posts

Showing posts from April, 2014

Lately

Lately perasaan nak mereward diri menjadi jadi. Kadang kadang tu rasa macam lost. Saya kerja untuk apa? Saya buat ni semua untuk apa. Dan akhirnya saya ke mana Kenapa saya perlu sakit? Kenapa saya perlu memberi? Pernah tak ada yang peduli untuk saya? 123 ulangtahun ke 23 Dan saya tetap bersama kerja kerja saya Tak senang nak senang kan? Saat tu saya sedar yang sebenarnya kehadiran saya tak ada apa-apa Dan saya hanya hadir untuk menghiburkan Makin lama saya rasa makin jauh Dari semua yang saya kenal Lalu menjadi asing. Asing Asing Asing. Lenyap terus dan berlalu pergi. Saya nak lari jauh. Mencari keterbukaan dan kebebasan.

Tulis

Menulis. Aku rindu untuk bercerita. Tak selalunya aku mampu untuk menampal senyum dan yakinkan aku tak apa. Sudah rebeh bahu memikul rasa peduli buat mereka mereka. Dan sudah tuli telinga untuk didengar yang bukan bukan Aku mahu ke daerah sepi yang hadirnya aku tak ada yang peduli tak ada yang tahu. Kerana wujudnya aku pada bingit hinggar dunia sekeliling juga tiada yang sedar Aku masih satu sosok tubuh yang berdiri dan memerhati dengan bibir terkunci.
24 Feb 24 Mac 8 April Dua bulan 15 Hari. Merindu aksara-aksara manis. dan aku. tiga minggu lagi. dan bebas. Selamanya.