Tulis

Menulis.
Aku rindu untuk bercerita.
Tak selalunya aku mampu untuk menampal senyum dan yakinkan aku tak apa.

Sudah rebeh bahu memikul rasa peduli buat mereka mereka.
Dan sudah tuli telinga untuk didengar yang bukan bukan

Aku mahu ke daerah sepi yang hadirnya aku tak ada yang peduli tak ada yang tahu.
Kerana wujudnya aku pada bingit hinggar dunia sekeliling juga tiada yang sedar
Aku masih satu sosok tubuh yang berdiri dan memerhati dengan bibir terkunci.

Comments

Faaeinz said…
Aku juga mahu ke satu daerah yang di mana tempat itu untuk aku meluahkan segala rasa tanpa ada siapa yang mempedulikannya.

EncekGadis. Apa khabar? Sihat? =)
Tie HT said…
aku pun ingin ke daerah sepi itu untuk kupadamkan memori pahit
atas pengharapan yang aku bina

akak suka ayat2 macam ni
macam salah satu terapi juga
take care dik :)
encekgadis said…
Daerah yang tidak perlu bimbang untuk menjadi sesiapa.

Khabar aku rindu kan kau. Perjuangan tinggal pecutan terakhir doakan aku. Mungkin nanti kita boleh ke temu. =) jaga diri
encekgadis said…
Sepi itu kadangkala bisa jadi nikmat kan.. =)
Terima kasih akak..
=)

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya