Posts

Lebaran

Salam lebaran. Terlalu lama mungkin jarak antara kita Aku sudah lupa bau jenaka Enak gurau kamu. Menatap lembar hari semalam Ditunjal percaya upaya aku bagaimana Di sudah tidak perlu ada. Memaksa maksa kau pergi Dalam doa ku panggil kembali Aku perlu bunuh mati Buang bayang segala Di gerak rakus aku tertahan Kerna rindu. Sungguh aku berdosa di lebaran ini menanti kamu Lagi di sini ; sekeping hati.

Saat ini

Saat ini aku hanya ingin melampias  rasa Aku mahu hambur esak terpaling kuat aku mampu tangiskan. Terlalu lama air mata ini cuma alir alir jernih yang menemani malam gelap  dalam ruang terpaling sunyi. Aku terlalu sakit  menjadi terus kuat. Aku terlalu rapuh  tahankan lagi. Aku terlalu alah  pada kecewa Dengarkan aku.. dengarkan aku.. dengarkanlah. Aku terlalu cela untuk sempurna. Musik di telingaku Peti telivisi di kiriku Susun susun tugas di ubun-ubunku. Kamar mandi penghapus berat bahu Dengarkan aku, dengarkan aku, dengarlah. Bahu  berat! Esak sekat! Marah luap! Aku Ranap!

Cerita tidur

Cerita tidur malam tadi tidak seperti malam sebelumnya Sejak aku kata aku terima bukan dia. Dia datang Bersama senyumnya  paling mahal. Bersama pedulinya tak pernah kurang. Bersama rindu dilepaskan. Tidak seperti cerita tidur kelmarin yang dulu Dia datang; kita saling tidak mengenal Dia datang; kita saling menjauh Dia datang, aku celik ; membasah tubir mata. Cerita tidur malam tadi paling menyeksa Menghantui aku sehingga jaga Dengan jelas setiap plotnya Bersama klimaks aku mendengar suara dia Dan Rajuknya cemburu. Cerita tidur malam tadi Tidak lebih kurang  Cerita tidur Menghapus lupa pada dia

Anak-anak kita

Sebenarnya aku sedih tengok anak-anak di sekolah Tak perlu aku mention lagi kot ini bukan kerjaya idaman aku. Tapi melihat anak-anak di sekolah buat aku terfikir Ke mana mereka untuk beberapa tahun aku datang. Ye aku mengaku aku bukanlah juga mereka yang ke sekolah kerana aku cintakan ilmu dulu Tetapi aku bersyukur aku punya ibu ayah yang sentiasa menampal pesan pada dada ingatan tentang bertapa ilmu itu tangga untuk menjadi manusia yang tidak sekadar bernyawa. Melihat anak-anak ini, mereka dan sekeliling mereka Mereka dan cita-cita mereka Mereka dan harapan mereka Mereka dan putus asa kita. Anak-anak ini sebenarnya tidak tahu ke mana perlu mereka pergi dan bagaimana mereka boleh pergi juga kenapa mereka perlu pergi Kadang-kadang melihat betapa limitasinya kemampuan mereka seolah memberi tamparan tentang betapa gagalnya kita. Aku. Akhirnya mereka menyalahkan dunia yang tidak adil. Jika dunia ini tidak adil, Maka dipersalahkan Tuhan? Rosak iman kita walau rasanya s...

Hina

Sesungguhnya aku ini cuma lukisan berceloreng yang tidak tahu hujung pangkalnya. Robek dan carik ini terlalu dalam kesannya sehingga aku seolah tuli dari suara suara dipanggil Tuhan. Gusar pada dunia fana sebentar berpanjangan membelengu. Tuhan aku ini pendosa. Malu pada hari hari yang aku mengingkari mu sedang masih mahu pada nikmat syurga itu. Tuhan aku ini terlalu jauh dan mahu pulang. Cintakan aku padaMu bunuhkan dunia untukku. Tuhan aku Malu.

Kuatlah.

Aku kena kerja kuat Aku kena bertahan Aku kena kerja kuat. Untuk ayah ibu akak. Baru telefon ayah, ayah cakap kaki ayah sakit, kena operate Aku kena kuat. Aku kena belajar betul-betul. Kena kerja cepat-cepat. Aku kena tolong ibu ayah Aku tak boleh bergantung pada sesiapa. Aku kena berdiri sendiri Aku kena kuat. Aku kena lawan Aku kena balas jasa ibu ayah. Aku kena kuat. Aku kena kuat AKu kena bertahan Jangan tunjuk lemah. Jangan jadi lemah. Aku kena jaga ibu ayah akak Aku kena senangkan ibu ayah akak Aku kena usaha lebih. Aku kena jadi kuat kena tunjuk kuat kena nampak kuat. Aku nak ibu ayah akak senyum Aku nak ibu ayah akak gembira sebab aku. Aku dah tak boleh rehat

Focus

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga kita menjadi lebih baik dalam bulan mulia ini. Okey cut all the crap. Wake up dude. Hang pi clear kepala hotak hang. Kalau hang tetap macam ni sampai mampoih pun hang tak lega tak settle apa. Focus dude. First class master oversea. Firs class in this 6 month master in two years oversea in 5 years. or maybe more than just being a teacher. You are the best among the best. Kau budak cikai yang tak pernah seumur hidup dapat straight a kau kat sekolah kaki ponteng muka selalu failed pemalas nak mampos kau bukan best student macam kawan kawan kau. Kau datang sini bukan dengan pilihan kau kau budak yang pandai cakap tak reti buat kau pandai bermimpi tapi tak sedar diri. Oke now on. pergi tampar pipi kau kiri kanan. bagi sedar sikit. senang tak akan jatuh bergolek. Demi ibu ayah akak Pergi bunuh kepala bana yang tak guna. Focus dude focus atau kau dengan senang hati boleh pergi jahanam.