Anak-anak kita

Sebenarnya aku sedih tengok anak-anak di sekolah
Tak perlu aku mention lagi kot ini bukan kerjaya idaman aku.
Tapi melihat anak-anak di sekolah buat aku terfikir
Ke mana mereka untuk beberapa tahun aku datang.
Ye aku mengaku aku bukanlah juga mereka yang ke sekolah kerana aku cintakan ilmu dulu
Tetapi aku bersyukur aku punya ibu ayah yang sentiasa menampal pesan pada dada ingatan
tentang bertapa ilmu itu tangga untuk menjadi manusia yang tidak sekadar bernyawa.

Melihat anak-anak ini, mereka dan sekeliling mereka
Mereka dan cita-cita mereka
Mereka dan harapan mereka
Mereka dan putus asa kita.

Anak-anak ini sebenarnya tidak tahu ke mana perlu mereka pergi
dan bagaimana mereka boleh pergi
juga kenapa mereka perlu pergi

Kadang-kadang melihat betapa limitasinya kemampuan mereka
seolah memberi tamparan tentang betapa gagalnya kita. Aku.
Akhirnya mereka menyalahkan dunia yang tidak adil.

Jika dunia ini tidak adil, Maka dipersalahkan Tuhan?
Rosak iman kita walau rasanya secebis.
Jadi jika dunia ini adil maka siapakah yang menzalimi mereka?
Kita.
Ya kita.
Kitalah yang sebenarnya zalim
Kitalah yang tidak adil.
Kita tidak menghulur kepedulian walau sedikit cuma untuk mereka.
Buat memimpin mereka keluar dari balang-balang kaca yang mereka huni.

Mungkin aku dikatakan tidak islamis mahupun ignorant bila mana mereka ceritakan tentang Palestin, Syria aku diam tanpa reaksi. Tetapi tahu kah mereka. Kita sedang dalam proses menuju kehancuran yang sama. Malangnya, kita bukan dihancurkan oleh musuh nyata tetapi kita dihancurkan oleh diri kita sendiri.

Bangkitlah anak-anak. Bangkitlah semua berjihadlah. Asah pedang akal mu kerana ia lebih berkuasa daripada secanggih mana senjata mereka. Dan bersedialah anak-anak. Bersedialah semua jika kita terus mahu kekal menanti anak-anak kehancuran.





Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya