Posts

Showing posts from February, 2013

jatuh cinta

bicara tentang keluarga jangan bicara sama aku tanpa di teman air jernih mengalir ah aku..masih anak kecil masih ketagih belas kasih ibu ayah akak cinta hati yang tak pernah lekang dari kasih tanpa peri. terusik bukan sedikit bertakung air  mata mengalah tinggi bukit ha ha ha aku anak kecil masih bayi dengan rasa tidak puas bilang saja aku cengeng bila saja aku lembik sungguhnya aku dengan mudah mengalah. dengan mudah lemah terusik saat kau bicara tentang mereka. sesungguhnya Tuhan Agung itu beri aku harta paling berharga kalahkan segala harta materialis dunia. Tuhan beri aku keluarga tidak kaya sekadar cukup sempurna untuk aku terus hidup dengan gagah kuat bertahan berjuang dengan mereka bersama.. cinta. Tuhan, beri aku masa untuk bersama mereka semahunya gembirakan mereka beri mereka ketawa bahagia. Tuhan sungguhnya aku jatuh cinta saat roh aku ditiup pada jasad sejak itu sejak dari itu.. aku jatuh cinta jatuh cinta pada mereka ayah ibu akak. Tuhan ...

Aku itu orang kita

Orang kita Itu aku Aku itu orang kita Mudahnya tidak meletakkan hidup sebagai satu perjuangan Usahanya bersedia untuk terus rasa selesa Eh jangan dilakukan itu Eh tak usah begini Bimbang itu bimbang ini Sehingga otak yang berguna mampunya berjuta akal Hanya sekadar menjadi anggota perlu ada pada badan. Seperti tingkap kereta yang boleh di turun naik Tapi dibiar terkatup kerana takut hujan. Sedang matahari sedang memuncak sehingga akhirnya tingkap rosak tanpa digunakan Seperti kasut yang  perlukan tapak selesa tapi kerana mahu jimat hanya pakai tapak bisa bikin kematu Menyeksa diri bodoh. Takut terlalu takut Dalam masyarakat takut hanya muncul Yang bersuara tak puas hati dibelakang Muncul yang memaki di belakang Muncul menjahanam di belakang Mana jantan kamu Jika jidup ini hanya atas dasar Rasa selamat nak menjaga apa yang orang rasa Langsung lupus matikan apa kita rasa Hidup secara jumud manusia bodoh Punya akal bijak untuk menghafal seperti mesin fotostat ...

hidup

burr... mari cerita tentang hidup hidup yang tak pernah nak mudah hanya untuk bagi kau tahu kau perlu payah. hidup yang payah hanya untuk kau sedar hidup ini indah. atas segala yang kita impi dan idamkan terus juang! memerhati hidup kita yang berbeza aku kau mereka dia berdiri atas lapik ideologi dan matlamat yang berbeza mungkin juga sasaran yang tak serupa cuma yang pasti kita hanya ada satu destinasi yang sama. kita sering dipermainkan. dipermain rasa cinta jiwa dipermain hati gila! sampai bila bagaimana dan segala pertanyaan jawapan punya kita cari.
cinta tak semesti memiliki? ha ha ha maka aku jatuh cinta merata rata ke engkau ke dia ke mereka ke semua. ya semua tamak haloba iyalah cinta tak semestinya memiliki jadi aku tidak salah bukan? hanya jatuh cinta tidak lagi memberi hati pada mereka. ahh... aku si pesimis yang sudah letih ada yang kata mungkin tiba masa untuk aku menjadi si optimis? ha ha ha. biar aku jadi aku dengan mimpi berjela aku suka ya suka p/s: dingin malam gelap. membeliakan mata untuk kerja dunia.. haih.. bila nak habis? kerja seperti wang tak akan pernah cukup dan tak akan pernah habis?

Dadah

Dua biji soluble Dua biji activefast Ubat tak semestinya dapat hentikan rasa sakit Tapi Paling kurang beri harapan kita mampu sembuh.. Dah lama dadah berdua ini tak menjengah badan Dah lama juga Allah tak uji dengan kesakitan Tapi paling kurang kafarah dosa yang nampak mana perlu diubatkan Tidak seperti hati yang sakitnya terus terpendam di simpan..

sendiri

Sendiri? Saya dah terbiasa Terlalu biasa Di dalam dunia sendiri dan diam Sekeliling dunia bisu tanpa bahasa Ya saya sudah biasa Terbiasa Bicara tentang pahit manis sendiri Fikirkan sebab akibat sendiri Dan merayakan hiburan sendiri Itu biasa yang terlalu biasa Sehingga saya leka terlalu leka Dalam dunia yang saya ciptakan Sehingga lupa pada pertanyaan Sampai bila. Ya, sampai bila? Sampai bila tanggung sendirian.

Nota malam

Haa dah lama kan aku tak tulis? Kau rindu ya aku tahu kau rindu. Macam biasa sem ni memang gila maka aku lantakan saja sekarang sibuk menggila pun aku masih bertahan boleh rileks sembang kencang macam bese.. Sejak sejak ni masalah hati hari tu nampak macam dah setle aaa kot? Kau doakan je la aku oke la aku nak tidur ni esok lah aku tulis secara ilmiah sikit .. Akak aku sengal bercakap dengan menatang apa entah kat tepon dia. Awak awak yang baru follow saya tq2 ini blog  cincai cincai  haha asal ada Update by apod memang dah kau tengok rupa dia tak sopan haha abaikan typo jangan nak bahan sebab aku malas nak padam dan betulkan hahaha