Aku itu orang kita
Orang kita
Itu aku
Aku itu orang kita
Mudahnya tidak meletakkan hidup sebagai satu perjuangan
Usahanya bersedia untuk terus rasa selesa
Eh jangan dilakukan itu
Eh tak usah begini
Bimbang itu bimbang ini
Sehingga otak yang berguna mampunya berjuta akal
Hanya sekadar menjadi anggota perlu ada pada badan.
Seperti tingkap kereta yang boleh di turun naik
Tapi dibiar terkatup kerana takut hujan.
Sedang matahari sedang memuncak sehingga akhirnya tingkap rosak tanpa digunakan
Seperti kasut yang perlukan tapak selesa tapi kerana mahu jimat hanya pakai tapak bisa bikin kematu
Menyeksa diri bodoh.
Takut terlalu takut
Dalam masyarakat takut hanya muncul
Yang bersuara tak puas hati dibelakang
Muncul yang memaki di belakang
Muncul menjahanam di belakang
Mana jantan kamu
Jika jidup ini hanya atas dasar
Rasa selamat nak menjaga apa yang orang rasa
Langsung lupus matikan apa kita rasa
Hidup secara jumud manusia bodoh
Punya akal bijak untuk menghafal seperti mesin fotostat dan sedia menjadi kilang
Memuntahkan produk yang sudah di paten
Tanpa mahu berubah.
Orang kita
Itu aku
Aku itu orang kita
Yang sama dan serupa
Yang hidup untuk mati dengan rasa selesa
Tanpa tujuan apa.
Mati..
Eh matilah begini.
Sampai bila tindak terus pada kertas
Pada rasa
Bukan pada zahir
Pada maujud fizikal.
Orang kita
Itu aku
Dan kerana aku itu orang kita
Aku juga masih disini
Dengan visi sama
Rasa selamat
Sampai mati..
Dan mungkin perlu benci orang kita itu aku
Kerana tetap sama
Sampai bila.
Berontakan
Entah dari mana rasa yang berbeza
Aku tak mahu yang sama
Hidup untuk mati?
Bukan yang itu.
Comments
be strong gadis!.
hiduplah untuk DIA..
moga hati tak lagi terseksa..
dah lama tak sembang kat twitter weh..
ia mungkin kita semua..
insyallah Dia ada..
hey hey... aku tunggu kau di twitter. kau nya mane.. ape tweethandle kau?
syafiqkarim..
mungkin orang lain hek3
dems muchhh.
eh
jangan begini sayang aku ada untukmu.. mari bermesra mari hahaha