Posts

Lately

Lately perasaan nak mereward diri menjadi jadi. Kadang kadang tu rasa macam lost. Saya kerja untuk apa? Saya buat ni semua untuk apa. Dan akhirnya saya ke mana Kenapa saya perlu sakit? Kenapa saya perlu memberi? Pernah tak ada yang peduli untuk saya? 123 ulangtahun ke 23 Dan saya tetap bersama kerja kerja saya Tak senang nak senang kan? Saat tu saya sedar yang sebenarnya kehadiran saya tak ada apa-apa Dan saya hanya hadir untuk menghiburkan Makin lama saya rasa makin jauh Dari semua yang saya kenal Lalu menjadi asing. Asing Asing Asing. Lenyap terus dan berlalu pergi. Saya nak lari jauh. Mencari keterbukaan dan kebebasan.

Tulis

Menulis. Aku rindu untuk bercerita. Tak selalunya aku mampu untuk menampal senyum dan yakinkan aku tak apa. Sudah rebeh bahu memikul rasa peduli buat mereka mereka. Dan sudah tuli telinga untuk didengar yang bukan bukan Aku mahu ke daerah sepi yang hadirnya aku tak ada yang peduli tak ada yang tahu. Kerana wujudnya aku pada bingit hinggar dunia sekeliling juga tiada yang sedar Aku masih satu sosok tubuh yang berdiri dan memerhati dengan bibir terkunci.
24 Feb 24 Mac 8 April Dua bulan 15 Hari. Merindu aksara-aksara manis. dan aku. tiga minggu lagi. dan bebas. Selamanya.

Galau

Izinkan aku memeluk erat tubuh kamu membisikan kata rindu dilepaskan garis waktu. Mungkin perihal suka bukan lagi agenda utama yang aku mahu perlu saat ini cuma terima galau hatiku sudah parah mikirin kamu berlari aku ke daerah yang beda mencari lagi galur sayang yang tertinggal oleh kamu buat aku setelah kamu pergi dan tak ingin kembali.

Adventure

Image
Setiap hari bangun pagi, dengan pisat berkira-kira untuk menarik selimut kembali membaluti tubuh, perlu ada satu tolakan dari dalam yang membuat aku bangkit. Sikit lagi.. ya, sikit je lagi. Melihat lembar-lembar semalam yang telah aku lalui. Mengesat peluh di dahi dan pipi yang basah dengan air mata sambil tersenyum. Susah payah semalam semalam yang mematangkan. Hari ini tiap kali bangkit dan pejam kembali , luka-luka sudah tinggal parut. Resah sudah berlalu. Aku sudah mengatur hari baru.

Aib Terjaja.

Image
"aku menulis kerana tidak jumpa telinga yang mahu mendengar" Kita tak  mampu puaskan hati sesiapa. Sedang kita sendiri tidak puas sama kita punya diri. Kelemahan aku yang di canang-canang itu buat aku sedar yang aku perlu berubah. Berubah menjadi lebih baik. Yeah! Cuma itulah tak usah kau pura-pura depan aku kerana aku sudah tak mampu untuk bersangka baik. Maaf. Sudah terlalu banyak dan terlalu lama. Hidup ini ibarat roda. Dan roda itu sedang berpusing. Bukalah seluas mana aib manusia lain, maka akan tercela selak semuanya milik kau juga. Sudah lah manusia. Aku tak rugi dibenci. Aku punya hidup aku. Aku punya keseronokan membawa inzal sendiri. Sehingga saat ini celaka aku masih mampu aku tegak sendiri. Tanpa perlu menayang kisah-kisah sedih aku mampu ketawa =)) Kehidupan aku lewat ini cukup indah buat aku. =) Ibu ayah akak, keluarga dan rakan-rakan yang dari mana Tuhan datangkan memberi aku satu keseronokan tiada bandingan. =) Salah aku, akan aku perbaiki. Insyaallah ak...

Kerangka hidup

Aku memandang 2014 sebagai satu tahun yang hebat. Setiap kerangka kerangka yang aku pacak-pacak diharap mampu dibiar tegak. Proses mencari, kenalpasti dan faham. Seronok dunia untuk seeronok mati. Cuma satunya aku perlu lebih banyak kenal diri dan menjauh dari rasa yang tidak wajar. Jangan pernah bersaing itu kelihatan hebat dengan orang lain cukuplah bersaing untuk menjadi hebat sendirian. Mencabar kemampuan sebenar. Disiplin.