tips ONLINE SHOPPING. risiko dan tricks.
tadi da tido nie baru bangun selsema and batuk tak kembali stabil lagi haisyhh... terus on9.. and bila on9 mula la tangan menggatal usha2 blogshop.. skunk tengah usha buku. lama da aku tak beli buku.. hurm... kalau kita tengok trend sekarang online bisnes hebat giler meningkat naik mendadak mendabik dada.. macam cendawan tumbuh lepas hujan. dan orang ramai jugak memilih untuk membeli online. sebab very the easy and very the simple. usha barang isi order form or make order via email pastu bank in. yg ada guna online banking lagi bapak senang transfer online saje. and sekarang lau nak transfer tak yah isi borang ambik no kat kaunter just kuar kan duit masuk cash deposit machine lagi senang transfer duit guna atm card je mungkin akan cas rm1. and ramai yang berpendapat singgit jep ape lah sangat. lau dah 10 seploh kali tak ke sepoloh hinggit? dan sebenarnya aku adalah sebahagian daripada orang tu. huk3 bila terdesak jep.. sekarang da ada maybank2u dan mybsn ouh loikee....
cuma yang lemah skit shipping cos dia sebab tu di galakan untuk beli barang yang berbaloi la. yang susah nak dapat kat luar jep. kalau takat pencil, pen tuh memang sangat melampau lah kan. huk3.
tapi... shopping online ada risiko yang ramai tak sedar dan tak tahu. risikonye ialah risiko penipuan. owner online shop memang bijak menarik pelanggan apatah lagi barang secara maya. hanya meletakkan gambar. dan kesahihan barangan seperti dalam gambar tak dapat dipastikan. yup itu risiko. dan antara mangsa yang mengalami pengalaman ini ialah sahabat aku... banyak jugak nilai yang kena tipu tu bukan bukan puluh bukan ratus... sayang sangat duit kita simpan lesap macam tu je kan. apatah lagi barang yang nak dibeli itu adalah most wanted item. sahabat aku sabor eah.. jdikan pengalaman.. hati-hati lain kali.
aku sebagai blogshopper, seller dan juga customer nak bagi sikit tips untuk online shopping nieyh.
1st. pastikan barang yang nak dibeli tuh adalah releven untuk dibeli secara online. maksud aku benda yang susah kita nak dapat dekat kedai dan pasaran kat luar. contohnya shawl. kalau setakat shawl yang kita rasa ada kat pasaran luar secara offline baik tak yahlah kan. lainlah trend sekarang shawl yang limited edition yang hanya ada secara online jep tak apa.
2nd. bandingkan harga barangan tu dengan tempat lain maksudnya blog lain lah. aku yakin kebanyakan barang yang dijual secara online nie banyak branch nye. contoh korean dress. jangan hanya tengok satu dua blog atau web sahaja cuba tengok laman web yang lain mungkin ada yang tawarkan harga yang lebih rendah dan mungkin ada promosi-promosi seperti free postage.
3rd. elakkan beli barangan yang berisiko tinggi. sebagai contoh barangan elektronik yang boleh kita jumpa kat kedai-kedai biasa antaranya seperti camera, laptop, handphone, mp3 n so on. mungkin harga yang ditawarkan memang lagi murah tapi barangan macam nie sangat tinggi peratusan risiko kena tipu antara barang tu adalah barang tidak wujud atau rosak.
4th. kalau nak beli jugak barangan yang berisiko nie cuba cari yang dekat dengan tempat tinggal kita. makna kata kita boleh face to face dengan orang tu untuk meneruskan urusan jual beli. barang macam ni harga dia harga tinggi kot... dan jangan mudah2 memberi kepercayaan, (terutama kepada pembelian barangan di laman web lelong di mana seller tidak mempunyai organisasi perniagaan)
5th. jika beli melalui blog atau fb atau website ( bukan jualan secara persendirian atau brg secondhand di website lelong cth mudah.com) pastikan blog, fb, website itu telah didaftarkan dengan SSM *suruhanjaya syarikat malaysia* cuba cari kat sidebar atau info no pendaftaran. ini penting sebab jika berlaku penipuan senang kita nak buat laporan dan pendaftaran perniagaan ini sebagai pengiktirafan perniagaan yang dilaksanakan.
6th. setelah pembayaran dibuat pastikan seller tu bagi treaking no. treaking no ni adalah code pagi parcel kita. jadi kita boleh monitor barang kita tu ada kat mana contoh treaking no.
pos laju - EN410507623MY
pos ekspress - LX43 654 890 3MY
nak cek treaking no tu boleh la pergi dekat laman web posmalaysia . so kita leyh la tau kan status barang kita tu dan sama ada treaking no itu betul atau tidak.
7th. jangan terlalu percaya kepada testimoni. sesetengan website akan letak testimoni pelanggan. testimoni ni macam feedback pelanggan tentang barang yang ditawarkan. ini kerana ada terdapat testimoni ni yang direka sendiri oleh owner website tuh. so macam ne nak tau testimoni tu betul ke tidak. kalau dekat fb sila tengok dekat wall bukan dekat info. and kalau kat blog tengok dekat ruang-ruang komen. dan hanya percaya testimoni yang ada link penulis testimoni tu sahaja dan jangan sekali-kali percaya testimoni yang ditulis owner sendiri seperti yang dihantar melalui e-mail.
8th. kena ada perasaan ragu-ragu. iaitu berhati-hati jangan senang nak percaya siasat betul-betul dulu. tanya dulu tentang barangan tu. terutama harga sebab harga yang ditawarkan selalunya tak termasuk postage. dan tanya pulak diaorang pakai postage apa. dan harga postage tu berapa. kalau harga postage lagi tinggi dari harga barang aku rasa memang tak berbaloi lah nak beli kan.
9th. simpan resit pembayaran. sebagai bukti. manalah tau ada apa-apa berlaku. contoh barang tak sampai ke kan resit pembayaran boleh jadi bukti. lagi satu selalu kalau kita beli online seller akan mintak kita bagi maklumat pembayaran contoh trace no, masa dan waktu.
10th. membeli dengan bijak guna akal jangan pakai nafsu. lau online nie kan senang semua benda kita nak duit senang transfer barang pilih je pastu order tak payah nak susah-susah sakit kaki pergi kedai.
akhir sekali.
HAVE A NICE SHOPPING TRIP. ha3
waahhh... giler panjang ini entry.. tak pe saling ingat mengingati ye dak. aku pun suka jugak online shopping sebab tu duit kat maybank aku tak letak banyak.. ha3 lau tak semua benda aku nak beli. hua3.. dan aku sedang tunggu lagi TIGA, ye THREE, SIN LAM ALIF SIN, bungkusan.. huk3 tadi da dapat 1. akak kat hep pun da kenal aku ha3.. kau tau satu kepuasan bila tengok nama aku ada kat buku daftar pos tu dan bila barang yang diorder tu sampai. pepagi kol 8 aku da gi hep. tiap kali barang tu ade, kalau tengah belajar pun tangan mesti duk belek benda alah tu ha3.. i loikeee....
dan untuk anda.. its fun and be carefull.. i'm done!
..wiTh Love..
Comments