resipi MACAROON

dont judge a book by its cover.. oke itu pengajaran pertama hahahaha... sila layan gambar meleleh air liur di bawah ni dulu sebelum aku sambung cerita. kau layan dulu gambar ni puas2 eah aku nak gi solat dulu ahahha --------iklan... berehat seketika bersama kit kat----------------------


yeah aku dah kembali.. huk3... baiklah sambung kepada topik utam perbincangan.. tadi pagi kat kelas aku duk gi usha gambar benda alah di atas nie... lepas tu aku cakap dengan budak gigi hijau aku sabtu ari tu aku berjaya buat benda alah nie.. mati-mati dia tak percaya aku cakap. puas aku yakinkan dia.. dia tak percaya jugak.. huh! agak kecewa aku cakap dekat nobita suzika dengan k.ila pun diaorang tak percaya.. uwaa sadis.. weyh aku cakap betul!! aku tak tipu... !! percayala.... disebab nak yakinkan budak gigi hijau aku ajak dia datang rumah aku sabtu ni.. aku akan buat depan mata dia.. isyh.. mencabar betul si gigi hijau tuh...!!


-------------berehat lagi aku nak gi dating dengan mr.M kejap----whoaa.. gosip..gosip.. ahahhaha kang balik aku sambung cerita..------ akan aku kongsikan sedikit maklumat pasal menda alah kat atas nie and cara nak buat.. =))


okey setelah 2 jam aku pun balik dari dating dgn mr.M lec bi tentang asaimen ahahha jangan fikir bukan-bukan.


sambung balik cerita.. dari hujung tahun lepas aku duk mengusha benda warna warni kat atas tu nama dia macaroon.. aku puas cari dekat blogshop ada jual tapi tak leyh pos keciwa gila. lagi pun harga mahal ada sebiji rm2 ada rm3. so aku decide nak buat sendiri then hari tu cuti bulan 3 aku pun gi la beli segala barang-barang yang diperlukan barang dia tak banyak pun so aku ingat simple lah kan.. aku pun pergi beli dengan menggunakan duit ayah. next... aku pun dengan semangat malam tu jugak buat.. first time buat x jadik.. dy cair dah gaye lempeng aku tengok.. lepas tu tak putus asa lagi memula akak join sekali dah second akak give up aku buat sorang yang second dah jadi macam biskut keras kentung! filling dy buat cream chese jadi kot sedap pulak tu ahahah syok sendiri.


memang keciwa gila then tak buat da sebab nak balik maktab lepas tu kelmarin balik aku gi usha balik blog resipi macaroon then dapatlah resipinya dengan gigih aku sorang terkontang kanting dekat dapur sengsorang bahan ari tu ada lagi cuma aku pi beli ground almond jep tambah sebab dah habis.. dengan gigih aku pun step by step buat... dalam hati puas berdoa biar lah menjadi ate dah tak daye awok nak ngadap lau failed.. and alhamdullilah jadik!!!!!!!! ahahhaa gua rasa nak lompat hentak-hentak kaki. cuma x smooth la foot dia ,tak cantik lagi masih banyak lobang-lobang yangg pasti aku dah dapat merasa macaroon tu macam mana.. baiklah setelah panjang membebel meyh sini aku bagi tahu resipi dia.


MACAROON.


Bahan-bahan
(30 keping bergantung pada saiz):
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream parutan kulit lemon dari
1 biji lemon

cara:
ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko

ketepikan pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)

balikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
masukkan adunan ke dalam piping bag dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm

lakukan sehingga habis setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling

untuk membuat filling:
ayakkan dulu gula aising kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan


notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat. remove macaroons from the parchment paper - they should be removed as soon as they come from the oven. you will need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper , lifting the paper, pour a little hot water under the paper. The water may bubble and steam. allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack resepi copy dari sini http://noreen-homecooking.blogspot.com/2009/06/chocolate-macaroons.html antara tips untuk memastikan macaroon ni naik ada foot yang cantik antaranya ialah


-pastikan telur tidak tercampur dengan benda asing


-jangan pukul telur dengan kelajuan yang tinggi nanti texture tak cantik


-kena buat dalam suhu yang panas, ada orang cakap antara pukul 12-6 ptg jep.. waktu hujan tak boleh buat.


-proses menggaul serbuk badam dengan meringue iaitu putih telur yang dipukul harus dibuat berhati-hati bagi mengelakkan shell keras dan mudah pecah.. kalau nak tau dah oke ke tak adunan tu bila diangkat adunan tu jatuh berlipat-lipat.


oke itu saja perkongsian selamat mencuba!!!


oh yea makanan di atas bernama macaroon sejenis biskut berasal daripada perancis yang pasti rasa sangat enak kalau la buat lagi sekali makin cantik dan menjadi aku rasa nak jual..


ada banyak filling boleh letak macam coklat ganache, caramel, cream chesee, blueberry, and peanut letak la filling pape yang penting texture macaroon kena menjadi itu yang paling susah... huk3.. gud luck semua.

lupa nak cakap paling penting kena sabar.. memang leceh sikit nak buat sebab tu mahal and kalau aku rasa macaroon aku nie dah jadi aku nak jual.. kau orang sudi2 la beli eah ahahahah


..wiTh Love..


Comments

missnuyu... said…
mak pernah buat bnde nie tp tak jadi gak.. third try baru jadi wooo.. n rase die tersgt laaaaa manis.. sweet tooth boleh laaa.. hehehe.. rupe mmg manis tp rase haaa, lagila manis... ^^
encekgadis said…
tu la susah kot nak buat huk3.. ha ah dia sangat manis sebab bhn utama dia gula... sebab tu filling buat yg rasa masin masam nak kasi rasa tu balance

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya