notepad, nota pelekat cinta kau 2




BAB 2.

“Tia, kau ok ke ni? Jomlah aku bawak pergi klinik.”

Rina, teman sebilik Tia menghampirinya rapat. Rina meletakkan tangan ke atas dahi Tia. Panas. Selama 2 tahun mereka duduk sebilik Tia jarang sakit dan bila dia sakit makna kata memang akan mencapai istilah kritikal. Tia kini sudah berselubung dengan selimut ditambah dengan comforter termasuk baju tiga empat lapis sweater dan stoking teruk sangat dah ni.

“Aku oke. Aku dah makan panadol nanti sihat la tu.”ujar Tia lemah matanya masih pejam.

“Oke kau cakap? Aku tengok macam k.o je nie. Bangunlah weyh aku hantar ko pi klinik.”
Rina cuba menggerakkan Tia. Risau pulak tengok keadaan Tia yang begitu muka pucat lesi. Menggeletar.

“Tak payah ar weyh tak pe aku oke. Kau pergi ar kelas.Nanti lepas aku rehat aku oke lah. Lagi satu kau jangan bagitahu Haridz eh nanti dia bising makin sakit aku.” Tia masih berkeras.


Rina hanya menggelengkan kepala. Dia jadi serba salah mahu ke kelas tak kan nak biarkan Tia sorang-sorang, housemate yang lain semua ada kelas sampai petang. Tia ni pun satu sakit macam ni pun nak buat keras kepala. Entah kenapa anti sangat dia dengan klinik. Melihat Tia begitu kasihan pulak. Tak boleh jadi ni. Dia mesti lakukan sesuatu. Aha! Satu-satunya cara yang boleh membuatkan Tia ke klinik. Rina tersenyum. Maafkan aku Tia sebab tak menurut pemintaan kau. Aku terpaksa sebab aku sayang kau.

Rina melangkah keluar daripada bilik. Menuju ke ruang tamu mencapai telefon bimbit membuka senarai contacts dalam telefon bimbitnya. Nama yang di cari telah jumpa punat hijau di tekan. Beberapa saat kemudian panggilan di sambut. Berita tentang Tia disampaikan.

Panggilan telefon di hening pagi ni membuatkan matanya terus membulat segar. Aduhai mak cik sorang ni. Degil sampai sudah kalau apa-apa jadi tak ke aku yang susah kena menjawab dengan mak dan abah dia. Tu tak maksud tokwan dengan tok ayah. Silap-silap dengan umi abi sekali membebel kat aku. Pantas bangun dari pembaringan membasuh muka gosok gigi dan menyalin pakaian. Tak mandi? Erk? Saat genting ni tak perlu la.

Gugusan kunci yang tersangkut di pintu di capai bersama dompet dan telefon bimbit. Tia memang suka kena heret!

15 minit kemudian dia sampai di hadapan rumah yang di sewa Tia bersama 5 teman yang lain. mendengar bunyi enjin kereta berhenti Rina keluar menjenguk di pintu. Haridz dah sampai pintu pagar hadapan rumah sewa teres dua tingkat itu dibuka. Rina menjemput Haridz masuk. Haridz masuk tergesa-gesa. Risau memikirkan keadaan Tia budak degil tu.

“Teruk sangat ke?” soal Haridz sewaktu melangkah mengekori Rina ke bilik Tia

“Teruk jugaklah dah berbungkus-bungkus. Dari semalam tak makan. Puas dah pujuk dia tak nak.”

Haridz menggeleng kepala mendengar penerangan Rina. Rina sebenarnya serba salah membenarkan Haridz masuk memandangkan telah menjadi peraturan rumah itu supaya tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk walaupun ahli keluarga sendiri. Tapi demi sahabatnya antara hidup dan mati dia terpaksa. Walau dia tahu pasti akan dihambur oleh Tia kerana memberitahu Haridz keadaan Tia.

“YA ALLAH, Tia..” hampir terjerit Haridz sewaktu Rina membuka pintu.

Tia sedang menggeletar dengan badannya meringkuk berbungkus. Dengan pantas Haridz mengalihkan comforter dan selimut yang membaluti tubuh Tia hanya tinggal sweater dan stoking juga baju berlapis-lapisnya. Haridz menatang Tia untuk dibawa ke hospital.

“Arid..macam ma na kau ada kat sini.” Ujar Tia lemah dalam keadaan tak berdaya merasakan dirinya digerakan Tia cuba untuk membuka mata alangkah terkejutnya melihat dia kini sedang ditatang Haridz untuk melawan dia tak mampu. Terasa longlai badan.

“Dah.. jangan banyak cakap kita gi hospital sekarang.”tutur Haridz tegas. Sambil kaki melangkah laju menuju kereta.

Tia ingin berkata-kata tapi terasa lemah sangat, matanya sudah tak mampu untuk dibuka sekelilingnya kabur, telinga berdesing.. kemudian malap.

Perlahan-lahan mata cuba di buka. Silau. Suasana asing. Kepalanya masih berat. Matanya meliar ke arah sekeliling dinding berwarna putih terdapat sebuah sofa di penjuru kanan dan pintu di sebelah kiri. Sebuah meja sisi di kirinya dan bila berpusing ke kanannya ada sebuah kerusi dan seorang insan yang amat dikenali disitu dengan kepalanya beralaskan tangan diletakkan di sisi kanan katil.

Tekak terasa kering dan pahit dia cuba mencapai botol air yang terletak di meja sisi sebelah kirinya.. cubaanya gagal botol itu terjatuh. Dan telah membangunkan insan yang sedang nyenyak tido disebelahnya.

“Tia?” suara itu lembut menutur kata.
Tia hanya diam. Rasa bersalah kerana telah mengejutkan insan itu dari tidur yang lena.

“Kau nak air?”

melihat botol air mineral yang bergolek. Pasti Tia ingin minum air . cuba di capai botol itu tetapi terlepas.
Tia hanya mengangguk.

“Kenapa tak kejut aku? Kalau nak apa-apa lain kali kejut je aku. Kalau tak sia-sia je aku tunggu kau kat sini.”

Dia berjalan mencapai air mineral yang tergolek. Gelas yang sedia terletak di atas meja sisi diisikan air mineral tadi dan dihulurkan kepada Tia.

Tia mengambil huluran itu dan minum seteguk. Pedihnya tekak ni.

“Arid,Aku tak nak susahkan kau. Lagipun tengok kau tidur lena tak nak ganggu kau.”ujarnya perlahan.

“In fact memang kau dah kejutkan aku dengan bunyi botol tu jatuh. Dan memang kau dah susahkan aku sebab risaukan kau. Lain kali sakit bagi tahu aku senang aku bawak pergi jumpa doktor kalau melarat macam mana?” Haridz membebel panjang. Nadanya hanya biasa.

Tak semena-mena air mata Tia mengalir. Mengapa air mata itu dikeluarkan dia sendiri tak tahu. Rasa bersalah kerana menyusahkan Haridz atau rasa kecil hati kerana Haridz menyatakan dia menyusahkan. Eh sejak bila jadi sensitif ni?

“La.. kau nangis kenapa nie. Sejak bila jadi cengeng ni. Dah jangan nangis.” Tak semena ibu jarinya menyapu air mata yang mengalir deras di pipi Tia.
Tia tercengang. Dan menepis perlahan. Menyedari tindakan spontan yang agak keterlaluan itu cepat Haridz mengalih tangannya.

“Sorry,” tuturnya perlahan menyedari kesilapan.

Tia hanya menunduk

“Tia... kenapa kau nangis? Tak yah la nangis weyh aku kan ada.”

“Sorry Arid, aku menyusahkan kau.” Jawabnya perlahan muka ditunduk ke bawah dan air mata masih menitik. Tak sanggup untuk bertentangan dengan Arid entah kenapa tetiba jiwang nie.

“Tak yah nak sorry.. sorry Tia. Kau kawan aku. Dah lama kita kawan. Kan aku dah janji dengan family kau, aku akan jaga kau kat sini. Lau apa-apa terjadi kat kau silap-silap aku yang kena bambu. Maaf ye kalau apa aku cakap buat kau terasa. Sebab kita kawan aku tak kan nak biarkan kau macam tu je sakit sorang-sorang. Dah jangan nak fikir bukan-bukan jangan nak nangis-nangis tak kental la nangis nie. Sekarang kau rehat oke supaya kau cepat sembuh.”Haridz memujuk lembut.

Terukir segaris senyuman.

“Thanx Arid.” Ujarnya perlahan badannya dibaringkan kembali ke atas katil. Ya dia perlukan rehat. Kepala itu masih berat.

“My pleasure Tia. I am here for you.”

You are here for me? Yes you are here for me only for this few hour. For today. How about tomorrow? Aku sedar pada engkau aku bukan lagi yang pertama. Mata tertutup dan dia terlena.

_______________________________________________________________________________

ps: thank u sudi membaca sebarang coment kritikan amat digalakkan huk3.. dah lama tulis ni baru ada keberaniaan nak update plus tensyen study.. rasa macam x ada mood nak exam.. T_T tolong.. doakan yup.. bab 3 4 5 dah siap sebenarnya.. tapi nanti lah.. x best la letak semua terusk kan huk3.. siapa yang x baca lagi bab satu boleh cek this link BAB 1 nanti la eah aku letk link kat sidebar hu3.. selamat membaca! macam pendek je kan bab 2 nie.. ahahah well aku tulis ikut suka.. ahahaha .. tunggu bab 3 kasi panjang sikit..


tia suka kat arid? bertepuk sebelah tangan memang letih kan.. huk3 =.='


..wiTh Love..







Comments

ilham baqti said…
saya suka penulisan akak. ringan dan mudah difahami. jalan cerita agak menarik. tapi saya rasa bab 1, bab 2 agak pendek la. tak sampai 5 minit dah abes baca. cuba panjangkan cerita dan tambah isu. pasti tambah menarik. hehe. *itu pendapat saya sahaja. peace !
penulisan dialog yg menarik
typinerror said…
weh weh..ak ske baca,haha
bakat terpendam dh kuar..
cpt r publish bab strusnya.
ilham~~ tq2 huk3 akk pun rasa pendek tk pe nanti akak akn cuba panjangkan dan kembangkan lagi yup... thnx sudi baca.. ho3..

arip~~ thnk u arip huk3..

asha~ lalalala ahahhaha banyk da aku tulis.. saje nak dera kau.. tunggu hahah nanti aku publish bab seterusnya eh.. kna stady pkk, ps1 n ps2 dulu ahahah

-GADIS NOTA PELEKAT_

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya