notepad, nota pelekat cinta kau 3
“How is your day Tia?” soal Haridz sebaik sahaja melabuhkan punggung duduk di kerusi di sisi kanan Tia.
Dah 3 hari dia di tahan di hospital ni dah bosan gila dah. Bila la nak sihat aku nak balik la bosan duduk sini nasib baik Arid ada datang hari-hari. Dialah yang jaga aku 24 jam. Tak adalah 24 jam sangat lebih 12 jam dia tidur je. Hari ni Haridz datang petang sebab dia ada kelas. Semalam dia ponteng. Kawan serumah ada jugak datang melawat tapi aku faham diaorang sibuk datang sekejap je. Alah lagipun bukannya teruk sangat sakit aku demam je. Makan panadol boleh sihat. Rina tu lah kecoh sangat bagitahu Haridz tengok dah kena duduk hospital plus lecture free daripada Haridz. Mamat tu kalau dah bagi lecture tujuh hari tujuh malam pun tak berhenti naik bernanah telinga. Tapi dalam pada tu syukur ada kawan macam Rina dan Haridz sebab ambil berat tentang aku. Paling kurang ada jugak yang nak kongsi kasih sayang. Aha! Bunyi macam gedik. Lantakkan.
“Weyh aku tanya nie macam kau hari ni?” suara garau yang meninggi itu mematikan lamunan Tia.
“Ha?” Tia pana.
“Weyh kau nie ok eke tak? Makin teruk je aku tengok. Sistem pendengaran kau pun terjangkit demam ke?” Haridz berkerut memandang Tia.
Tersembur tawa Tia.
“Ngek la kau nie. Mana ada telinga demam.” Terasa segar dengan kehadiran Haridz.
“Dah tu yang kau blurr semacam ni kenapa? Ke otak kau yang demam?”
“Mengarut! Kau cakap perlahan mana aku dengar. Kau tanya apa tadi weyh?” Tia mencebik.
“Aku pulak yang salah. Kau yang lambat pick up. Aku tanya kau oke ke tidak hari ni?”
“Aku oke je weyh. Boleh la kau cakap kat doktor. Aku boleh balik dah.” Tia mengenyitkan matanya.
Terbuntang mata Haridz.
“Sejak bila kau yang jadi doktor? Confirm boleh keluar? Doktor tu tau la kerja dia kalau kau dah sihat kau tak yah mintak memang dia suruh keluar sebab dia pun tak larat nak layan kau nie confirm kau tak cukup sihat lagi ni.” Haridz bersandar ke kerusi sambil memeluk tubuh.
Tia tertunduk hampa dengan jawapan Haridz.
“Ala kau tu yang melebih doktor. Arid, bawak aku jalan-jalan jom. Naik keras badan aku asyik baring bosan la weyh duk sini.” Rengek Tia.
“Engkau ni banyak cekadak la.”
“please... please arid.”
Tia menujukkan muka mengharap sambil lengan baju Arid di tarik-tarik.
“Apa nie tarik-tarik baju orang. Isy.. dah la jom kau boleh bangun ke tidak ni kang kau pengsan aku tak mau dah angkat kau. Kau berat tau sengal bahu aku angkat kau.”
Haridz membebel.
Tia terkedu seketika. Teringat cerita Rina tentang bagaimana dia boleh sampai ke hospital.
“Apa? Arid dukung aku?!” suara Tia meninggi.
Rita hanya mengangguk sambil tersengih.
“Yak.. malu gila la weyh.”
Habislah selama ni tak ada siapa pun yang berani menyentuhnya. Dan rambutnya tak pernah dia tayangkan kepada lelaki yang bukan mahramnya malah pada sepupunya sendiri dia tidak pernah menunjukkan mahkotanya itu. Pada dia hanya lelaki yang telah mengahwininya yang boleh melakukan sedemikian. Dan dia pernah bertekad jika ada lelaki yang pernah melihat mahkotanya itu maka lelaki itu perlu mengahwininya. Itu prinsip. Mahkota ini hanya untuk orang yang layak. Bukan boleh bagi sesuka hati.
“sorry weyh aku tak sempat nak cover kau.”
Tia ternganga. Walau dah bertahun-tahun aku kenal mamat tu tak pernah pun terkantoi. Tapi kali ni ades.
“Gilak!”
“Weyh kau ni apa masalah asyik mengelamun je? Aku cakap dengan kau buat bodo je.”
Marah Haridz. Baru tersedar. Dia bersama Haridz sekarang.
“Kau cakap dengan aku ke?” soal Tia termangu.
“Tak ah aku cakap dengan pokok tu. Aku tanya dia sihat ke tidak? Dah kawen ke belum?” jawab Haridz sarkastik sambil menjeling ke arah Tia.
Dalam pada itu mereka beriringan berjalan menuju sebuah bangku yang terletak di bawah sebuah pokok yang rendang di taman hospital tersebut.
“Kau gila eah cakap dengan pokok?”
“Aku rasa boleh jadi lagi gila cakap dengan kau.” Haridz memuncungkan bibirnya.
Mereka berdua sudah mendapatkan tempat di bawah kerusi itu. Suasana tenang dan damai. Seakan membuai. Sudah lama mereka tidak duduk berdua berbicara seperti itu. Sudah lama mereka terjarak. Mungkin bukan secara terangan tetapi sebaliknya.
“Yak.. sampai hati kata aku gitu. Kau yang gila sebenarnya.” Tia mencebik sambil memandang Haridz.
“Yelah aku ajelah yang gilanya. Hey kau. Ingatlah dikau bahawa si gila ini yang membawa kau ke hospital dan si gila ini yang sanggup berkorban untuk menemani kau saat kau sakit menggila sampai si gila ini menjadi lebih gila dari biasa.” Ujar Haridz bangga sambil menepuk-nepuk dadanya bangga.
Tersembur tawa Tia. Ya si gila itu yang buat hari suram menjadi ceria. Di gila itu membuat lakaran kosong berwarna dan si gila itu juga yang membuat hati yang gersang itu berbunga. Dan... si gila itu juga yang membuat aku kenal erti cemburu. Erti kecewa dan erti duka. Eh sekarang siapa yang gila dia ke aku?
“Cool man. Cool. Cakap sikit dah sentap pe barang. Sejak-sejak berjiwang nie makin sensitive pulak.” Tia menolak telapak tangan menghala Haridz sebagai symbol supaya Haridz bersabar.
“Ah.. mengata aku sentap. Kau tu yang kuat sentap cakap sikit touching. Kalau aku touching sepatutnye lah kan kau pun kata aku berjiwang, yang kau tu jiwa kental konon orang cakap sikit leleh.”
Cis Haridz nie sengaja je kan. Mengungkit peristiwa menjengkelkan.
“Eh aku leleh sebab aku sakit. Tak tahan.” Tia cuba menyembunyikan kenyataan yang seolah sudah jelas terpancar.
“Kau nak tipu orang lain silakan. Tapi aku memang kau akan gagal la. Bukan nye aku baru kenal kau semalam. Dari sekolah aku menghadap muka kau tau?” Haridz tersenyum bangga.
“Ceyh kecoh la kau. Apa pulak aku tipu. Betul la. Aku sakit la kau pulak main marah-marah geram tau?” bentak Tia.
“Bila la kau nak berubah Tia. Buang sikit ego tu. Mengaku je salah kan senang.” Haridz tutur sambil tersenyum tapi matanya tertumpu kepada pemandangan di hadapan.
“Eh tolong la. Bila aku ego. Kau yang ego. Arid kau datang lawat aku ni, Hani tak jeles ke?”entah kenapa soalan tu yang terpacul.
Haridz hanya tersengih.
“Tia, berapa kali aku cakap. Lovers and Friends both different. Lovers is for we love and friends for we care. Dia tak boleh halang aku jumpa kau sebab kau sahabat aku. Sebab aku kena jaga kau. Sebab senang nanti kalau aku gaduh dengan dia aku boleh ngadu dengan kau.” Haridz jujur.
Tia tersenyum. Kata-kata Haridz ibarat air yang mencurah saat panas membahang. Menyegarkan.
“Ouh,, Arid you are so sweet. Kau lah kawan terbaik aku dunia akhirat.” Tia melemparkan senyuman ikhlas pada Haridz mereka bertentangan seketika. Dan seolah ada sesuatu di situ.
“Kau baru tahu yang aku nie sweet? Sebelum ni aku bukan kawan terbaik kau ke?” Haridz menaikkan sebelah keningnya.
“Ades kau ni kan pantang dipuji sikit. Perasan lebih.”
Tia menggelengkan kepalanya. Pandangan dilemparkan kembali pada pemandangan di hadapan mereka suasana yang cukup tenang. Desiran air pancut yang mendamaikan bersama sahabat seperti Haridz. Bahagia? Tiada jawapan tidak.
“Tia...” panggil Haridz lembut.
“Hmm??”
Tia memandang sekilas ke wajah Haridz. Lelaki berkulit sawo matang mata yang sedikit sepet dengan anak mata yang bersinar berambut terpacak dagu terbelah lengsung pipit yang tersembunyi dan tahi lalat di bawah bibir seperti Siti Nurhaliza juga asset paling mahal gigi taringnya. Memang ramai yang terpikat. Tapi tak ramai yang berjaya melekat. Dia nie jiwa kental macam batu. Tapi bila dah sangkut memang lekat tak lepas macam kena gam gajah. Dengan keadaan pasaran yang agak tinggi tu aku tumpang bangga jadi sahabat baik sehidup semati dia. Sebab diri dia lagi menarik daripada luaran dia. That’s the fact!
“Kau jangan sakit lagi eah. Kalau rasa nak sakit tu terus bagitahu aku. Walau kau selsema biasa ke apa. Sakit jantung aku tau tengok kau ari tu. Gelabah tau. Kau kalau sakit bukannya reti sakit sikit-sikit. Sekali kau demam mesti teruk. Lepas ni kalau rasa tak sihat je bagitahu aku terus aku bawak gi klinik. Kalau kau sayang aku and tak nak tengok aku kena heart attack tolong jangan buat lagi faham.”nada Haridz tegas.
Tia terharu mendengar kata-kata Haridz. Sepanjang persahabatan memang dia mengakui, Haridz seorang yang sangat prihatin pantang dia sakit, pasti Haridz yang akan menjadi doktor pertamanya tambahan lagi dengan keadaan mereka sama-sama berjauhan dengan keluarga dia sering menjadi tempat aku meluah perasaan dan berkongsi masalah dia seorang pendengar yang terbaik pernah aku jumpa.
Perkenalan daripada sekolah menengah itu membuahkan talian persahabatan yang utuh dan erat antara mereka. Apatah keluarga mereka saling berkenalan dan tok ayah Haridz serta tok wan Tia bersahabat sejak mereka muda. Mereka terpisah lama dan dipertemukan semula juga dengan persahabatan yang tersimpul antara mereka berdua. Takdir menentukan mereka untuk masih berdekatan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Walaupun mereka tidak menuntut di tempat yang sama tapi mereka masih tidak terpisah jauh. Tia melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka dan Haridz pula berada di Universiti Teknikal Melaka (UTEM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan awam. Tambahan pula mereka menyewa dan tidak tinggal di asrama maka lebih kerap mereka boleh bertemu.
“Baik bos. Tapi Arid selalu sakit tu datang tetiba datang macam mana?”
“Mesti akan ada tanda-tanda. Tak akan tu pun tak tahu. Tolong dengar cakap aku oke.”
“Ai ai kapten.” Mengangkat tangan diletakkan di atas kening tanda memberi tabik hormat.
“Arid sayang jugak kau dekat aku kan.” Tia mengangkat kedua belah keningnya. Sambil tersengih.
“Sayanglah kata kawan sehidup semati. Kau tu sayang aku ke tidak?”
“Entah lah.”
“Baik kau mengaku kau pun sayang aku kan?”
“heh perasan.”
“Tia apa susah mengaku jelah.”
Tia menjeling. Aik menduga Nampak.
“Ye Airel Haridz..aku Alieya Fatia memang sayang kat kau. Puas hati?”
“Ha.. kan senang macam tu mengaku je. Aku tau kau sayang aku.” Haridz tersenyum bangga.
Ya. Aku sayang kau Haridz. I really meant it.
“Arid, nanti kalau aku kahwin lepas tu aku gaduh dengan laki aku, boleh tak kau janji kau akan defent aku? Kalau laki aku menyakitkan hati aku, aku panggil kau belasah dia. And kau rasa Hani bagi tak aku tumpang rumah kau kalau aku gaduh dengan laki aku nanti?” tiba-tiba entah soalan jenis apa itu terpacul dari Tia. Dahinya berkerut dan mukanya yang naïf itu menunjukkan dia amat inginkan jawapan telus daripada Haridz.
Haridz turut mengerutkan dahinya pelik. Dan kemudiannya ketawa.
“Asal kau gelak weyh? Aku serius ni.” Tia memuncungkan bibirnya,
“Macam mana soalan jenama ni boleh kuar dari kepala kau Tia? Kau gatal sangat nak kahwin ke? Balak pun kau tak ada.”
Tak semena satu tolakan kuat dihadiahkan Tia kepada Haridz. Haridz tak sempat mengelak dan terdorong ke kanan kuat jugak mak cik nie. Haridz menggosok bahunya dan mengaduh sakit. Tak adalah kuat sangat sebenarnya. Saja minta perhatian.
Cis. Terlalu jujur kau Haridz. Memanglah aku tak ada balak. Tapi bukan ke perempuan itu dicipta daripada tulang rusuk lelaki? Bukan ke manusia itu lahir berpasang-pasangan? Memang lah bukan sekarang tapi suatu hari nanti pasti ada. Dan bukan ke jodoh pertemuan itu telah DIA tentukan? Asal pulak nak pelik? Tapi yang bujang terlajak dan ANDARTU apa kes? Aaa... itu mungkin belum sampai jodoh atau itu takdir dan mungkin ujian. Dan kes tu tak banyak. Apa kalau tak ada balak masa umur remaja means tak akan kahwin ke? Ada je orang tak ada balak tapi terus kahwin. Nama pun segalanya ditentukan dengan keizinan ALLAH tuhan yang ESA buat apa nak pelik.
Aku bukan apa cuma takut. Takut bila satu masa aku akan menjauh dan saat itu aku rasa keseorangan. Aku takut bila satu masa telah tertulis ada yang lebih baik untuk dia apa aku boleh pergi mencari yang lebih baik dari dia? Apa bila tiba suatu masa aku boleh hidup tanpa dia? Apa ada orang yang boleh mengganti dia dari sisi aku? Apa..... apa aku boleh hidup tanpa dia????
“Kau cakap tak reti lapik kan. Hambur ikut suka je kan. Memang la aku tak ada balak. Dah tu kalau tak ada balak tak leyh kawen ke?” Tia menjeling memandang Haridz sekilas.
“Memanglah kalau tak ada balak kau nak kahwin dengan siapa? Jun Matsu? Sano san? Raku?”
Haridz mentertawakan Tia. Tia dan kehidupannya yang normal sebagai remaja perempuan dan khayalan terhadap watak-watak imaginasi. Jun matsu ahli kumpulan arashi daripada jepun. Sano san watak dalam cerita hanazakarino kimitache dan Raku watak khayalan dalam komik grafik SOS tulisan Ashihara Hinako. Mungkin lah Tia disamakan dengan anak gadis seusianya kerana dia melayan j-pop, movie jepun dan komik grafik. Itu kira syarat untuk anda up sebagai remaja perempuan harus admire pada j-pop k-pop, mesti layan movie pagi sampai malam dan layan komik. Tapi Tia sedikit berbeza dia tak layan k-pop kerana padanya serabut. Terlalu ramai jadi tak extraordinary kalau dia layan lagipun melambak artis k-pop tapi sorang pun dia tak kenal tak cam pun. Memang di salute siapa yang boleh kenal dan hafal nama satu-satu ahli group yang berkenaan muka semua sama je. Yang pasti baju akan berantai rambut yang pelik. Trend? Tapi cuba tanya j-pop tak ramai yang kenal. Tanya pasal jun matsu tak ramai yang tahu tanya Arashi tak berapa nak famous. Jadi di situ dia berbeza.
Tentang komik grafik itu hobinya bersama Haridz mengumpul koleksi yang memenuhi ruang rak almari buku itu membawa kepuasan kepada mereka berdua. Koleksi komik nukilan ashihara hinako, obata yuuki dan usami maki dah cukup sekarang nak kumpul komik wasio mie pulak setiap bulan ada keluaran baru pasti mereka menyambar dulu. Itulah perkara yang mengembirakan Tia dan Haridz itulah erti hidup sebenar. Walau mungkin sebahagian daripada kehidupan Tia agak tipikal dan stereotaip tapi dari sudut lain dia mencorak hidupnya bertentangan dengan perempuan seusianya. Dia anti warna pink dan gadis-gadis yang over fanatik dengan warna pink sampai kalau boleh luar dalam nak pink. Cute? Itu over. Malah warna kegemarannya ialah hitam menawan dan penuh rahsia. Dia anti gadis-gadis yang melayan muzik kerana luaran penyanyi itu. Muka handsome? Suara macam itik serati. Asalkan ramai orang suka itu jugak yang diaorang suka supaya di anggap intrend. Oh padanya gedik. Lagu yang betul muzik padanya ialah The Times juga butterfinger. Itu baru muzik. Layan ramli sarip itu pun lagi menarik. Dan dia tak suka gambar nya dipotret tapi dia suka mempotret. Dan dia memang pantang sesiapa amik gambar dari langit dengan mulut muncung itik sadis sangat wajah mereka..
“Sengal kau cakap macam aku ni gila sangat nak ke orang yang tak wujud. Biarlah tak ada balak pun. Tapi tak semestinya tak boleh kahwin. Kalau ikutkan nak ada balak tu yang tak boleh sebenarnya. Kalau boleh la kan aku nak bercinta lepas kahwin macam orang dulu-dulu. Baru sweet selamat daripada maksiat. Couple-couple tu lagha buang masa belum tentu orang yang kau cinta tu kahwin dengan kau. Kalau orang tu bukan jodoh kau sia-sia je air mata kau nangis bila putus buang air liur tabur janji manis. Buang duit buang masa.”
Tia tegas menyatakan pendiriannya. Ya memang dari dulu dia tidak terlalu fokus terhadap bidang cintan cintun ni. Saat remaja lain berhempas pulas mencari cinta dia duduk atas kerusi mengadap laptop memegang camera dan menatap komik-komik tersayang. Juga.. menemani dan menempuhi kehidupan bersama teman terbaiknya yang setia bersama dia walau apa jua keadaan dan insan itu juga yang sedang menemani dia kini. Kerana itu dia merasakan lelaki dan perempuan itu lebih baik sebagai kawan. Macam Tia dan Haridz. Tia rasa bebas buat apa saja sedang dia tak pernah sunyi tak terikat dan tidak sendirian. Itu lebih menarik.
“Tinggi impian kau. Tapi zaman sekarang ada lagi ke kahwin rancang macam dulu-dulu? Tak relevan dah sekarang.”
“Siapa cakap tak relevan? Pada aku okey je. Jodoh di tangan Tuhan bukannya di tangan manusia. Walau apa cara sekalipun dalam hidup tak ada yang mustahil dengan izin yang ESA.” Tia menegakkan pendiriannya.
“Terpulang.” Haridz membuat memek muka sambil mengangkat bahunya. Dah tak ada idea untuk membangkang. Mungkin itu pendirian Tia dan dia tidak berhak untuk mempertikaikan. Cuma dia doakan yang terbaik untuk Tia. Teman tersayang.
“So, berbalik pada soalan aku tadi. Kalau aku dah kahwin boleh ke aku dapatkan bantuan kau lagi?”
“Kenapa tak? Walau kau tengah bahagia pun kau nak cerita aku anytime i’m here for you. Nanti boleh kita buat double dating. Aku dah janji dengan family kau untuk jaga kau sepanjang kita berjauhan dengan keluarga kita dan aku dah janji dengan kau yang aku akan ada untuk kau walau apa terjadi walau siapa aku atau siapa kau suatu hari nanti aku akan tetap ada bila-bila untuk kau. Kau jangan risau lah eah?”
Haridz tersenyum ikhlas. Melafazkan janji persahabatan sehidup semati. Melafazkan ikrar. Ikrar yang dia sendiri tak pernah lafazkan pada Hani atau mana-mana insan lain yang bernama perempuan, gadis atau wanita.
“Thanx Haridz. Tetiba terharu.”
“Most welcome. Kan aku dah cakap kita sahabat sehidup semati susah senang kita bersama don’t worry oke?”
Tia mengangguk perlahan. Terima kasih Haridz. Terima kasih kerana bagi aku peluang merasai detik-detik indah ini. Bila diri ini sangat bermakna. Bila diri ini dihargai.
"Arid kalau aku mintak satu lagi benda boleh tak?”
Nada suara itu ditukar. Seakan ada sesuatu yang ingin dipinta. Matanya terkedip-kedip.
“Aisyyhh ni apa hal pulak? Kau jangn nak buat muka kucing miang tu eah geli aku.”
Mengekek Tia gelak.
“Bawak aku pergi gig The Times minggu depan kat . Hari Sabtu kat tempat biasa. I beg on you please. Aku dah gian nie dah lama tak pergi ari tu diaorang buat show kat sini tak dapat pergi ada program kat kampus. Please...” Tia merayu.
“The Times? Kalau kantoi dengan abah kau macam mana?”
Memang kena ikat kat pokok lah kalau abah Tia tahu. Memang dua-dua sekali dapat lecture free memang seronok. Silap-silap abah suruh masuk duduk dalam kampus balik. Silap-silap kena tazkirah dengan abi itu tak masuk umi dengan mak Tia. Memang cukup 45 jam kredit. Sebelum ni pernah sekali kantoi dengan along Tia masa pergi gig dekat Kuantan. Along si mulut tempayan tu kecoh satu kampung memang bernanah la telinga.
“Abah tak akan tahu kalau kau tak bukak mulut.”
“Kalau kantoi dengan along lagi?”
“Itu kita kira takdir lah kan. Pandai-pandai la auta. Please Arid. Kalau kau anggap aku kawan kau bawak la aku jom. Kalau kau tak nak tak pe aku pergi sorang.”
Tia sudah mengeluarkan aura mengugut dia tahu Haridz pasti akan mengalah punya. Ahahah.
“Dah jangan nak mengada-ngada pergi sorang. Abah kau tak ikat kau biar aku ikat kau dekat pokok mangga depan rumah kau.”
“Yes. Thanx Arid. Nie aku sayang lebih.” Ujar Tia riang. Impian menjadi kenyataan. Dia tahu Haridz tak akan menghampakannya.
“Yelah. Dengan syarat kau duk sini diam-diam jangan bising nak balik. Cepat sikit sembuh letih la lawat kau kat sini hari-hari. Dah la aku asyik kena makan sorang kau tak ada teman.”
“Awek kau mane?”
“Awek lain dengan kawan Tia.”
Tia mengangguk. Betul. Awek lain dengan kawan. Dengan awek jangan harap kau nak cakap kencang guna bahasa underground. Jangan harap kau nak lepak kedai mamak tengok bola. Jangan harap kau nak pergi daki gunung panjat bukit. Memang lah ada je perempuan awek yang boleh go on macam tu tapi berapa ramai? Dan golongan yang tak ramai itulah Hani join. Dia tak suka orang ramai-ramai dia tak makan kedai mamak. Dia tak betah dengan bahasa aku engkau. Dating dengan Haridz itu maknanya berjalan di taman bunga, shopping complex dan makan dia Kenny, Dome, Ikea jangan tanya kenapa Tia akan jadi ALONG tiap hujung bulan.
_________________________________________________________________________
p/s: episode tiga sudah muncul.. sudi2 komen yup.. exam tinggal 1 paper lagi insyaallah lepas ni boleh menulis lebih banyak.. actually ada la beberapa bab dah siap.. hu3 nanti la post sket2 baru best.. ahhahaha.. lagipun perlu masa jugak kadang aku da tulis.. lepas tetiba je muncul idea lagi menarik then kena padam tulis balik.. hu3.. sebenarnya kauorang boleh agak tak apa aku nak cerita sebenarnya melalui tiga bab nie? kalau tak leyh agak alhamdullilah hahhaha kalau boleh agak nampaknya aku kena mnjadi lebih fleksible aku tak nak cerita klise.. tapi aku nak cerita aku.. tapi kadang2 aku dah mmg klise ahhahaha.. sbenarnya memula aku x nk post cerita nie sbb x siap lagi.. tmbahan pula before2 this bila aku tulis cerita n ada orang baca nanti cerita aku jadi tergantung dan x siap da macam badi ahahah.. tapi hari tu tgk penulisan2u ak macam tetiba je nak hantar da hantar tetiba je aku upload kat sini ahahahh korang doakanlah aku eah supaya aku diberi idea dan kekuatan untuk siapkan ini cerita... kisah tia dan haridz.. tak ada kena mengena antara aku dan kamoo juga aku dan 'notepad' saja guna nama sama sebab x ada idea ahahhaha.. aku bukan penglipurlara atau novelis aku hanya penulis yang meluahkan isi hati dan keinginan yang mustahil untuk dicapai. nothing impossible.. yes memang la.. tapi setiap sesuatu ada limit bukan.. opss.. terlebih tulis pulak.. ahahha nanatikan episode seterusnya. tia dan haridz itu apa sebenarnya? sekadar teman atau lebih atau melebih-lebih?? ahahhahah kalau bagitahu sekarang makan cerita dah the end la.. esok last paper doakan aku ye.. sebab tak stady pape pun bukan bongkak cuma mengong sedikit.. bye. =))
..wiTh Love..
Comments