review contengan jalanan hlovate

sekarang baru smpat nak baca balik CJ ni. tengah baca pasal i-Fend. kisah pasal hijrah fend. tentang pencarian makna hidup oleh fend. banyak isu yang ditimbulkan dalam novel ni sangat kena dengan diri aku sendiri. bayangkan fend dan kembali pada aku tak ada beza. pegangan masih goyah kalau nak ikut definisi ibadah. memang hidup aku tak sempurna totally not at all. solatnya. amal nya. puasanya. betul hlovate cerita dekat malaysia soal agama dah jadi budaya. kenapa orang puasa? sebab takut kena cekup naik van jenazah. dan apa sebenarnya sambutan puasa? cukup sekadar tarawih? puasa bukan tentang bazar ramadhan, puasa bukan tentang majlis berbuka puasa di hotel-hotel. puasa bukan dengan rancangan memasak di tv. puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga.
kalau ikut aku sebelum2 ni memang itu yang aku buat masa bulan puasa sebab memang itu masyarakat kita praktikan. tarawih aku pun culas. mengaji. tapi entah betul tidak tajwidnya tak tahu. mengaji tapi langsung tak faham apa yang di baca. puasa hanya untuk tahan lapar je.
the man that decided to change on the 12th hours dies on the 11th
thanx Hlovate. cara bdakwah yang sangat terkesan. Alhamdullilah.
aku suggest korang baca CJ nie dgn versus. untuk kenal apa itu perubahan dan dapatkan hint untuk perubahan . insyallah.
dan aku harap aku dapat rasa puasa dekat negara orang supaya aku dapat faham apa yang dimasukkan dengan perbezaan penghayatan berpuasa di negara orang berbanding di Malaysia.
if ada sesiapa berminat nak cari novel hlovate boleh email tiaharidz@yahoo.com huk3..
p/s: bukan niat promote dan berbisnes tapi sekdar perkongsian.. =)
bye.. salam
..wiTh Love..
Comments