5 norma yang perlu ditentang arus.

menongkah arus menentang klise.. biar kita dikata tak maju tapi kita tahu yang kadang norma itu tak semuanya betul. kita juga tahu norma itu yang kadang menarik kita berhenti dari melangkah maju. biar jadi kolot jangan jadi bodoh

ouch.. itulah kenyataan budaya masyarakat kita yang menjadi norma kehidupan seharian. tapi masih ada yang tak sedar yang ada antara norma-norma tersebut membunuh kita dalam diam. norma pemikiran dan tanggapan serta tingkah laku

1. diskriminasi kelas sosial pada taraf pendidikan.

ya betul pendidikan itu penting sebab ramai yang berpendidikan itu maju. dengan pendidikan kita dapat mengaut seberapa banyak ilmu dan kepakaran untuk kita survive dalam dunia pekerjaan. tapi tindakan masyarakat yang selalu memandang rendah pada mereka yang tidak punya sijil juga kepada mereka yang kurang tahap kecerdasan iq adalah bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. setiap manusia yang dilahirkan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2 yang kurang dalam akademik belum tentu dia tu tak boleh berjaya. asal dia usaha dan cari serta kembangkan kelebihan dia, dia boleh setanding dengan orang yang mempunyai sekebat ijazah.. berhenti jd judgemental person.. yg suka untuk mengkritik orang. kadang2 orang yang tak berpendidikan tinggi pun boleh jadi jutawan. asalkan dia usaha doa dan tawakal. kalau belajar tinggi tapi korupsi, amik dadah malas bekerja tak ada kemahiran akan gagal jugak.

2. kritikan dan kutukan dianggap sebagai pengajaran.

jangan la duk asyik kutuk dan condem orang kita patut sokong mereka ni.. sebab tak ada sokongan dan selalu condem orang lah yang menyebabkan mereka lagi down. contoh seorang penagih dadah yang kembali menagih antaranya ialah mereka yang bila keluar tak diterima ibu bapa. yang dipulau masyarakat. dah tak ada siapa nak terima mereka tak ada sapa nak sokong jadi pada mereka teman-teman mereka di lorong gelap tu yang boleh terima dan faham mereka hanya orang di bawah jambatan itu yang tak akan pulau mereka memang patut mereka kembali menagih. selalu kan kita tengok dalam kehidupan kita bila seorang pesalah dimasukkan dalam penjara bila keluar masih di gelar banduan atau bekas banduan. banduan hanya apabila mereka dalam penjara bila di bebaskan.. erti makna bebas itu sendiri patutnya membenarkan mereka menjadi masyarakat seperti biasa bukan banduan masyarakat atau bekas banduan yang perlu dipandang hina.

3. orang gemuk itu kuat makan. pemalas.

berkaitan dengan diri aku. bernanah da telinga mengatakan yang gemuk itu kuat makan. yang gemuk itu pemalas. yang gemuk itu tak mampu untuk melakukan apa-apa. si gemuk itu tak pandai jaga pemakanan dan si gemuk itu gemuk kerana nasi lemak. erk? tak kisah la apa pun.. tapi aku nak tanya adakah mereka ini bersekolah dan belajar sains tajuk inheritance yang mana sifat fizikal seseorang itu adalah hasil daripada pindahan chromosome ibu dan ayah. atau bahasa kampungnya. sifat fizikal ini adalah hasil daripada keturunan. tanya pada diri anda siapa ingin menjadi tidak cantik untuk di perli dikutuk dan di ejek? tak ada siapa jadi berhentilah daripada memandang rendah dan jadikan mereka ini bahan untuk anda ketawa serta mentertawakan.. sebab setiap daripada mereka yang terhasil daripada proses persenyawaan ovum dan sperm punya organ bernama hati dan ditiupkan roh yang mempunyai perasaan. seorang gemuk itu disuruh berlari.. lalu dia berlari tapi disebabkan dia gemuk dia ketinggalan kebelakang tapi dia masih cuba berlari sehingga ke garisan penamat dan apabila dia sampai orang mentertawakannya kerana ketidakmampuan dia.. apakah waktu itu dia mampu ketawa??? paling kurang cukup memberikan dia semangat!

4. kahwin lewat itu memalukan.

pada usia 24 tahun ramai gadis-gadis sudah tidak duduk diam ibarat cacing kepanasan. apatah bagi mereka yang langsung tak kenal apa itu kekasih siapa kekasih.. telinga panas berapi dengan soalan skema bila nak kahwin. siapa pasangan. bila nak makan nasi minyak. sehinggakan ada di kalangan mereka di bangku sekolah membuat persediaan awal mencari kekasih sewal umur remaja dengan harapan tak akan terjebak dengan soalan sebegitu rupa. apakah memalukan seseorang itu tak kahwin pada usia yang ramai orang kawin? siapa kau untuk mengkeji dan memandang rendah.. mungkin kerana jodoh belum tiba.. jodoh ajal maut tu ditangan tuhan.. jadi tak perlu bising dan kecoh-kecoh terutama di majlis perkahwinan orang lain.. itu maruah.. bukan tidak laku bukan memilih.. cuma belum tiba masa... siapa tak mahu bahagia? jawab!

5. ibadah itu untuk tidak dipanggil jahil.

melakukan ibadah bukan niat keranaNYA. melakukan ibadah itu supaya orang sekeliling tidak mengatakan mereka itu jahil.. walau memang sebenar mereka itu jahil. supaya orang dapat mengatakan mereka itu beriman dan bertaqwa supaya mak mentua terima jadi menantu? ibadah dilaksanakan sekadar melaksanakan apa yang orang lain laksanakan. pergi sembahyang jumaat sebab orang pergi sembahyang jumaat. puasa sebab tak nak naik van jenazah. puasa sebab nak raya.. pergi haji supaya orang boleh panggil haji dan hajjah.. kenapa puasa sebab bulan puasa semua orang puasa semua pergi bazar ramadhan. kenapa pergi haji sebab sapa pergi haji dihormati.. bersedekah masuk paper supaya orang kata pemurah.

sekian terima kasih...lakukanlah anjakkan paradigma.. jangan terus melayu wahai melayu...berhenti bertelingkah mencari buruk salah orang.. tapi kembangkan lah kelebihan dan atasi keburukan sendiri.. aku menulis untuk mengingatkan diri juga...

p/s: aku banyak sangat kerja sampai aku tak dapat nak fikir mana nak buat dulu last2 aku connect bb dan online ahhahaha

tugasan perlu disettlekan

1. esk larian 1 murid 1 sukan
2. pj-20 pergerakan asas
3. bola jaring sejarah n so on
4. mab-permainan traditional dan impak terhdp fizikal sosoemosi intelek
5. mab-soalan yang tak faham
6. literasi bahasa abm pra bacaan
7. literasi bahasa boneka dengan apa entah
8. rumusan kehadiran bulan jun sebelum 5 hari bulan.
9. update bag dan setle order.
10. cari ruang untuk aku duduk tenangkan diri.. hohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

..wiTh Love..



Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya