bogel menuju tuhan
BOGEL MENUJU TUHAN. kau ada perasan apa-apa yang kuning daripada tajuk ni? aku rasa macam biasa jer.. aku rasa macam tak rasa apa-apa.. baru tahu rupanya tajuk buku ini dijadikan isu. nah lihat masyarakat kita yang sangat PRIHATIN! prihatin dengan perkataan bogel dihadapan tu mungkin ramai fikiran nya menguning jika tidak tak kanlah search engine luch2 tinggi dikalangan masyarakat kita. opss aku malas sentuh kuning lagi.. mungkin sensitif untuk kebelakangan ini.. baiklah straight 2 d point.. dont judge a book by its cover. dan kalau kau nak judge pun jangan sekadar tengok yang negatif dan luaran cuba fahamkan betul-betul. aku rasa tak ada salahnya bogel tu. kalau kau tengok dekat paper2 pun banyak jek guna. kadang-kadang tu melampau lagi. katanya ayat ini tidak sopan.. jadi jika tidak sopan mengapa wujud perkataan ini. apapun alasannya.. cuba bukak sikit minda tu cuba mencapah permikiran tu.. bogel menuju tuhan ya kenyataan bagi sesiapa yang miskin amalannya. kadang-kadang orang timbulkan isu yang kadang2 tak perlu dijadikan isu. sebelum kau kritik atau kau hentam apa kata kau beli dulu buku ni baca dan faham.. dan kalau kau agak-agak pendirian kau tak berubah dan kau rasa buku ni nothing kau email aku nanti aku bagi kau alamat aku. kau send buku ni pada aku.. sebab since release aku adore buku nie cuma pitih tak dop elaun tak boleh kuar sebab tak masuk lagi.. at least kau akan dapat pahala merealisasikan impian orang lain. sudah lah tu bicara tentang orang lakukan perubahan.
kata-kata ZA dibelakang buku
"Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.
Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga"
Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga"
elaun masuk je confirm aku pergi tokobuku.footpages.com rembat satu.. untuk anda di luar tolong jangan beli semua simpankan satu untuk aku, kempunan nanti.
dengan angka dalam akaun yang tak sampai ratus mata aku berpusing-pusing dan tangan aku menggatal-gatal untuk klik transfer dan submit order form. banyak buku menggugat puasa belanja aku.. nak nangis!!
ouh ramai mengusung beg tadi.. aku dengan hati kental tak merasakan apa-apa... tapi baru dua jam berlalu melihat teksi-teksi dan prebet sapu membawa mereka keluar.. aku rasa nak jerit AKU BOSAN!! bosan gile duduk sini.. ibu cerita pasal pizza aku rasa menyesal menjadi kental.. akak goda balik esok.. tapi abm dan presentation bagai mengikat kaki aku... makna kata seminggu lagi baru boleh menjejak rumah sebelum itu perlu lalui 5 jam pj, 2 jam gerko dan puluhan jam kelas semoga pensyarah mula observe praktikum minggu depan.. bagi aku bernafas sikit... pasti minggu depan berlalu sepantas siput... huh!
kuning menjadi cukup kontroversi.. bersih menjadi cukup popular. ada kawan aku tanya.. kenapa bersih kuning. ada apa warna kuning. aku hanya mampu jawab kuning warna kegemaran aniq kawan sekolah aku. erk? bersih bukan putih? kuning selalu baju yang tak di nila. ah tak kisah lah apa pun.. cuma aku rasa banyak cara lain lagi.. berkumpul jemaah tidak berapa tepat mungkin.. tak dapat apa-apa mungkin.. entah aku malas ambil tahu.. cuma doa aku.. negara ini masih aman setelah 9 julai sebab aku masih tak dapat elaun T_T aku juga akan sertai bersih esok.. ya bersihkan bilik. bersihkan baju-baju kotor dan bersihkan kerja-kerja yang tertunggak.. hok3..
..wiTh Love..
Comments