indie urban fiction world

aku memang macam ni. bila aku plan something selalu memang aku tak buat apa yang aku plan tu. lumrah alam agaknya.. aku plan nak jima duit.. yang ado lagi boros ada.. aku plan nak siapkan semua tugasan yang ado,.. satu amenda pun tak sentuh lagi. and aku nak habis negeri 5 menara. ada sikit lagi.. dah bape hari tak habis2 aku tak sabar nak masuk ranah 3 warna plop nie. itu tak masuk 3 e-book yang aku download tak habis baca lagi, romantism a weapon of satan, men are from mars women are from venus dengan then signs in the earth and the heaven for men understading.

and latest.. aku gagal dan kecundang lagi kerana dengan mudah aku mentransfer kan rm60 ke akaun bank e-sastera bagi mendapat 3 buah buku. indie urban fiction. Nyaman Si Puding Roti, Kasut Biru Rubina, juga Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca

tetiba sekarang dah tertarik dengn indie fiction nie.. sebab bahasa diaorang sempoi je.. ada la baru kenal sindiket sol-jah, fixi, debook press, sang freud press baru nak kenal amin muhammad. aloy paradoks, sufian abas. baru tahu pasal maskara. blook... and macam2 hasil karya indie urban orang kita. memang hebat. diaorang boleh berdiri dengan sendiri. and karya diaorang lebih tulus and dekat dengan masyarakat. sebab tidak skematik! ho3.. aku baru nak kenal.. padahal orang lain dah berzaman dah join.. yeah aku kan jumud.

and paling best fav movie eva aku cerita KAMI sangat relate dengan duni urban fiction ni. aku rasa macam excited sangat sebab jumpa gilababi, zine macam 'kami' dalam filem kami.. ahahha aku kolot!. tak kisah lah kan tapi bestnye lau dapat join maskara.. mesti syok gila.. hurmm.. tak pe la dapat beli hasil karya diaorang pun dah oke..itu pun banyak karya yang hebat aku ketinggalan sekali lagi sebab aku jumud! sekarang aku tengah usha kuala lumpur aku oke, bogel menuju tuhan zahiril adzim tulis, ingat nak rembat gak kekah ngan rojak.. ades.. aku nie tamak gila mau rm100 jugak habis ni kang.. x pe la dak untuk kepuasan aku bukan ye duk beli kasut ngan baju-baju baru.. daripada beli makanan baik beli buku ada jugak buat menuh kabinet buku kat rumah dah satu tingkat buku aku saja ho3...

sudah aku nak tido tiba aku rasa malu sebab kelihatan amat batak terlalu ketinggalan dan sangat excited baru tahu benda yang sudah lama wujud.. ya sekali lagi aku jumud.. tiba-tiba aku berangan. kalau lah dapat pergi pekan frinjan.. kat sana boleh jumpa banyak zine dan blook.. ^^

ouh tak lupa mungkin aku perlu try langgan fixibooks cekik, dendam, kougar, pecah and apa lagi eah lupa.. ho3.. aha ingat dah kasino kalau lah mudah dari lipis bisa terbang ke occusion2 berkaitan.. alangkah indahnya.. ah mimpi lagi!!

sudah la aku perlu habiskan negeri 5 menara esok d dewan nak baca ranah 3 warna pulak. sebab dah seminggu negeri 5 menara x habis lagi. malu la kalau orang tau aku ambik masa berzaman untuk menghabiskan bacaan.. T_T

selamat malam.. dalam 2 jam sebelum ni sememangnya niat hati nak ofline tapi dha gaya kena pukau dah ni.. ho3... tambahan pula sebagai persediaan awal aku sedang mengecas mp4.. untuk pertahanan najis telinga melelh program esok.. ya perhimpunan rasmi ada ornag besar datang dan.. ya main kompang!. aku benci bila majlis rasmi aku tak dapat melawa dan vogueh terpaksa pakai batik keras itu. argh tekanan!
..wiTh Love..



Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya