review negeri 5 menara . A.FUADI

ada la dalam 4 hari aku dah habiskan NEGERI 5 MENARA. lepas baca ari tu excited nak buat review.. tapi aku pergi godek benda lain. apa yang aku godek tak pasti.. ahahha lupa sudah oke lah.. mari kita mereview buku lagi eh aku nak sediakan segment review buku la ahahha.. aku suka!

first of all bila aku bawak buku ni pergi dewan bagi mengatasi kebosanan dengar ceramah. semua kawan aku kagum. sebab diaorang kata aku sungguh tegar dan hebat baca buku sejarah. aku hanya tertunduk dan menggelengkan kepala.. memang betullah masyarakat kita ni suka judge d book by its cover. tiap kali itu aku cakap ini inspiring novel dan bukan novel cinta sahaja yang selera untuk dibaca..

oke mula2 baca sinopsis ni dulu.

Alif lahir di pinggir Danau Maninjau dan tidak pernah menginjak tanah di luar ranah Minangkabau. Masa kecilnya adalah berburu durian runtuh di rimba Bukit Barisan, bermain bola di sawah berlumpur dan tentu mandi berkecipak di air biru Danau Maninjau.

Tiba-tiba saja dia harus naik bus tiga hari tiga malam melintasi punggung Sumatera dan Jawa menuju sebuah desa di pelosok Jawa Timur. Ibunya ingin dia menjadi Buya Hamka walau Alif ingin menjadi Habibie. Dengan setengah hati dia mengikuti perintah Ibunya: belajar di pondok.



Di kelas hari pertamanya di Pondok Madani (PM), Alif terkesima dengan “mantera” sakti man jadda wajada. Siapa yang bersungguh-sungguh pasti sukses.

Dia terheran-heran mendengar komentator sepakbola berbahasa Arab, anak menggigau dalam bahasa Inggris, merinding mendengar ribuan orang melagukan Syair Abu Nawas dan terkesan melihat pondoknya setiap pagi seperti melayang di udara.


Dipersatukan oleh hukuman jewer berantai, Alif berteman dekat dengan Raja dari Medan, Said dari Surabaya, Dulmajid dari Sumenep, Atang dari Bandung dan Baso dari Gowa. Di bawah menara masjid yang menjulang, mereka berenam kerap menunggu maghrib sambil menatap awan lembayung yang berarak pulang ke ufuk. Di mata belia mereka, awan-awan itu menjelma menjadi negara dan benua impian masing-masing. Kemana impian jiwa muda ini membawa mereka? Mereka tidak tahu. Yang mereka tahu adalah: Jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar.

Bagaimana perjalanan mereka ke ujung dunia ini dimulai? Siapa horor nomor satu mereka? Apa pengalaman mendebarkan di tengah malam buta di sebelah sungai tempat jin buang anak? Bagaimana sampai ada yang kasak-kusuk menjadi mata-mata misterius? Siapa Princess of Madani yang mereka kejar-kejar? Kenapa mereka harus botak berkilat-kilat? Bagaimana sampai Icuk Sugiarto, Arnold Schwarzenegger, Ibnu Rusyd, bahkan Maradona sampai akhirnya ikut campur? Ikuti perjalanan hidup yang inspiratif ini langsung dari mata para pelakunya. Negeri Lima Menara adalah buku pertama dari sebuah trilogi.



sinopsis copy daripada laman web NEGERI 5 MENARA a.fuadi

oke marilah kita meriview.. pada aku buku ni superb sangat. seolah-olah akan ada satu rasa yang incridible wujud.. kau akan setuju kalau kau baca.. macam mana aliff lupakan impian sendiri untuk impian mak ayah dia.. aku rasa nak jerit aliff aku faham perasaan kau. macam mana walau dipaksa dia yakin yang man jadda wajadda sapa yang berusaha akan berjaya.. mungkin berjaya bukan pada pandangan masyarakat tapi berjaya mendapat kejayaan.. buku ni secara tersirat bagi panduan pendidikan yang sebenar-benarnya. pendidikan yang sebenar-benarnya bukannya dalam kelas je. pendidikan tentang bahasa agama pengetahuan dan segala nya berkaitan ilmu perlu diterapkan dalam semua yang dilakukan.. contoh macam mana dalam tempoh setengah tahun aliff dan sohibul menara berjaya menguasai bahasa inggeris dan bahasa arab malah mampu untuk berpidato hebat! sedang kita ni belajar dari tadika pun belum fasih..

dan novel ini jugak ceritakan bagaimana undang-undang yang mendisiplinkan itu bukan pada kertas yang termaktub sebagi akta tapi diingat dan dihafal dalam kepala. aku rasa kalau benda ni dilaksanakan dalam mana-mana organisasi mahupun negara pasti keamanan dan disipilin itu dapat dicapai. walau siapa pun kita walau apa pun jawatan kita bila melakukan kesilapan tetap akan dihukum. sebagai contoh aliff dengan sohibul menara kena denda dan menjadi jasus *pengintip mencari orang yang melakukan silap* kerana lambat ke masjid 5 minit disebabkan membeli keperluan asas pada hari kedua mereka di pondok madani. dan di akhir cerita, aliff ketua produksi majalah. said sebagai ketua magnificient seven *ketua penegak disiplin mengganti tyson yang menangkap mereka melakukan kesilapn* serta atang dikenakan hukuman botak kepala iaitu hukuman bagi kesalahan berat kerana mereka ke surabaya mendapatkan ais yang ingin digunakan pada persembahan pelajar kelas 6.

dalam apa juga rintangan walau apapun masalah mereka dapat hadapi dengan berpegang pada man jadda wa jadda.... kata azimat!

kalau kauorang nak tahu lebih lanjut apa kata pergi je cari dan beli novel ni.. tak rugi keluarkan beberapa ringgit untuk sesuatu yang bermanafaat oke la dak daripada beli dvd cerita korea yang ratus2 tu atau yang pirate puluh2 tu untuk merasai rasa terawang-awang oleh kisah romantik.. mungkin novel ini lebih bernilai dari nora elena.. ahahha opsss... aku tidak mahu kontroversi ahahah jangan mual ya.. ya nora elena itu cerita bagus sehingga lelaki jiwa kental pun layan.. cuma aku belum tersentuh sebab aku tengok pun tidak ahahha adeh... maap.. maap..

persoalan yang sedang bermain difikiran.. mengapa bersih itu kuning? significant? kuning kan warna diraja berdaulat.. ouh saranan untuk mereka semoga berjaya dan apakah lebih indah jika.. lakukan slot solat 5 waktu berjemaah di situ berserta tazkirah kupasan hadis atau tafsir Quran mungkin.. oke mungkinlah kekuatan ummah lebih terjaga... bersih juga solat jangan lupa... bayangkan perhimpunan di masyar nanti.. selamat beramal.. =) demm! lari tajuk.. ahahha selamat membaca negeri 5 menara jangan risau ia bukan novel sejarah.. dan ia tak membosankan.. siapa yang tua akan merindui zaman muda pastinya.. baiklah aku dalam perjuangan menghabiskan ranah 3 warna pula sambungan negeri 5 menara..nanti dah habis aku review k.. ada tanya ranah tu apa ranah = kawasan tanah...

nak marah ni.. kenapa aku tka leyh tengok follower!!! ceit
..wiTh Love..



Comments

atikah ramly said…
buku ini sangat berinspirasi. jangan pernah meremehkan sebuah impian walaupun mungkin ia kecil.
hukuman yang bertujuan untuk mendidik dan bukan menghukum.

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya