beruang kutub dan babi panggang
seekor beruang kutub berjalan malas di tengah-tengah lapangan bongkah-bongkah ais. mencari makan untuk terus hidup. beruang kutub ingin makan babi panggang. tapi siapa yang mahu panggangkan untuk dia. tiada siapa. maka terpaksa lah dia menjadi vegetarian hanya makan cebisan glasier yang kelihatan lebih kurang ABC pak mamat hujung kampung kadang lembu. yang lebih itu ais yang kurang tu bahan. beruang kutub perlu berjimat kerana bisnes jualan ikan segar tidak laku.
hari ini dia sudah tak nak makan cebisan glasier yang kelihatan lebih kurang ABC pak mamat hujung kampung kadang lembu. dia nak makanan yang lebih eksotik. kemudian dia ternampak kelibat segerombolan pemburu yang sedang memanggang babi. tiba-tiba hipotatamus dia melakukan tindak balas. medulla oblogata jugak otak dia yang kecil hampir tidak berotak itu jugak memberi signal kepada anggota badan. dia sudah tidak berjalan malas dan menjadi sangat rajin. dari jauh dia nampak pemburu mengawang-awangkan babi panggang dan tertawa memandang ke arahnya. walau berat dia gagahkan diri meluncur laju di atas bongkah glasier dan sesampai di tapak babi di panggang dia terus menyerang semua pemburu sekali gus. dia gigit dia mamah. dia ratah pemburu tu satu-satu dia cari hati tak jumpa jadi dia hancurkan jantung dan limpa dia carikkan kulit. sampai hancur daging-daging2. semua kemudian dia tinggalkan bangkai pemburu dan duduk sendirian menikmati babi panggang sebab dia rasakan daging manusia tidak berhati itu tidak mampu mengenyangkan. daging babi panggang lagi sedap. lagi suci dari daging pemburu yang mengawang-awangkan babi panggang dan tertawa memandang ke arahnya.
nota penyepak: babi adalah sejenis haiwan yang haram dimakan dan di sentuh oleh manusia. tapi boleh dimakan oleh beruang. dan boleh disamak jika terkena berbandinglah dengan sentuhan manusia lain jantina secara sengaja rendam clorox pun x boleh nak suci dah.
zine nokss 2 dah release... nokss 1 dah reprint...haisyhh....... kena tunggu heroin dulu.
SILENT READERS........ THANX! traffic mencanak. nuff bagi bonus. terharu T_T
Comments