kisah kita berbeza
bila seseorang datang hulurkan bantuan atau memberi pandangan atau cadangan atau nasihat jangan pernah kau cakap yang dia tak tahu apa yang kau rasa. bila seseorang cuba hulurkan bantuan, memberi pandangan atau penyelesaian, jangan angkuh berkata hanya kau mengetahui dan kau telah lalui pelbagai dugaan yang tak semua orang lalui atau rasa,
sebab........
kau sendiri pun tak tahu apa yang orang tu rasa. kau jugak tahu sebesar mana dugaan yang orang tu lalui. kalau kau rasa kau miskin ada yang lebih miskin. kalau kau rasa kau kaya ada yang lebih kaya. kalau kau sedih cinta berbalas kau patut bersyukur yang kau bukan mangsa kekasih curang. jika kau kecewa dikecewakan kau patut bersyukur kau tak dibunuh oleh kekasih yang cemburu. paling mudah jika kau kecewa tak dapat kasut baru untuk raya kau sepatutnya bersyukur sebab ada orang yang tak punya kaki untuk dipakaikan kasut.
jangan kau terlalu bongkak dan angkuh dengan menyatakan hanya kau merasa penderitaan. sebab penderitaan itu ujian, dan setiap ujian akan ada ganjaran. kau dengan kisah hidup kau dan mereka dengan kisah hidup mereka jadi siapa kau untuk menyatakan bahawa peratus penderitaan kau itu lebih sedangkan ujian setiap itu berbeza mengikut kemampuan. walau apa terjadi bersyukur.
dan ucapkan terima kasih buat sesiapa yang cuba untuk beri pandangan, kata-kata semangat atau apa sahaja bagi membantu kau membangunkan kau menemani kau sebab mereka itulah yang mengambil berat tentang kau dan mereka itu sebenarnya teman dan sahabat kau.
dalam hidup jangan ego. semua orang punya cerita dan kadang tak semuanya perlu dicanang. orang kaya belum tentu senang orang miskin belum tentu susah.
..wiTh Love..
Comments