resipi buka puasa diet budget untuk student

tips berbuka untuk yang diet tetapi mementingkan penjimatan. meyh sini aku share sikit. kauorang nak percaya tidak aku pun tak yakin nak percayakan kauorang ha3 bergantung pada badan masing-masing.. baiklah puan-puan

mula-mula kita pergi kedai eh aku lupa nak cakap untuk student sahaja. yang duk rumah tu nk cuba boleh jugak suka hati. tapi resipi ni memang special aku dedicate untuk student oke titik!

sambung.. sambung..

memula pergi kedai kau beli maggi yang bihun tu. mamee ada murah sikit kalau kau kaya nak mahal beli la pama. opp.. opp.. sabar2 orang cerdik pandai selalu kata maggi tak elok untuk kesihatan bla.. bla.. ace cuba sabar biar aku sambung dulu oke. diam.

lepas tu kau pergi cafe kau beli sup sayur. kalau kat tempat aku ni sup sayur ada bebola ada hotdog fishcake. selera lah jugak. ala ala makanan vegi.

agak-agak dah nak buka puasa kau pergi masak air lepas tu masak bihun tu. bila dah lembut bihun tu kau buang air dia. sebab akak aku kata. sekali lagi akak aku kata bihun or maggi tu ada lilin kasik dia keras so bila dah lembut dah tu air dia dah bercampur dengan lilin next kau dah buang air dia. kau letak air lain dan masuk kan sup tu..

n tak ada effect kesihatan aku rasa sebab perisa maggi tu yang serbuk tu kau buang dalam tong sampah benda alah tu yang ada msg dan segala bagai jadah merbahaya.

dan bila dah azan baca doa buka puasa. doa makan then dipersilakan makan.

see murahkan sup sayur tu pun bape ringgit je. kat tempat aku ni sup sayur ikut hari n mood kalau toke yang kira mood dia baik dapat lah murah kalau pekerja dia kira skema sikit. tu yang buat aku panas tu dah lari baject aku rini. semalam singgit setengah rini dua hinggit setengah. hoish! bebola tu sama je kuantiti rini ngan semalam. rugi seringgit aku. cis! dah2 aku nak gi solat ni. ari ni ada buka puasa perdana@ makan free kat sini. tapi aku tak pi bukan tak sudi tapi nasi arab ayam daging segala bagai. mana boleh aku diet!! walau dah meleleh ayaq liuq ni.. sapu.. sapu.
..wiTh Love..




Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya