belon seorang budak lelaki bersama kucing dan selipar yang terjatuh.

belon seorang budak lelaki bersama kucing dan selipar yang terjatuh.

budak lelaki sedang berhadapan dengan kehidupan yang dia tak pasti akan bawa ke mana. suka duka tawa tangis takut bimbang dia kena genggam juga. kena teruskan juga mengikut laluan belon kehidupan. selipar jatuh.. jatuh ke bawah sedang dia naik ke atas. biarkan selipar itu masa lalu. jangan lepaskan kehidupan yang sedang bergerak demi masa lalu kerana bila dia jatuh untuk selipar masa lalu mungkin yang sakit bukan dia sahaja, kucing bergantung itu juga akan rasa. hidup kita bukan tentang kita sahaja tetapi tentang mereka di sekeliling kita..mereka yang bergantung harap pada kita. apa yang kita lakukan akan memberi kesan kepada orang disekeliling . melepaskan belon kehidupan untuk selipar masa lalu itu bukan langkah terbaik. biarkan masa lalu itu dan teruskan dengan belon kehidupan bersama kucing yang berharap. kerana mungkin mereka akan ke bulan di mana selipar tidak diperlukan. dan hanya menjadi kenangan.

lepaskan sesuatu untuk kepentingan orang lain itu namanya pengorbanan... tinggalkan masa lalu dan kecapi kehidupan. anda tidak sendiri! =)


ini contest blog contengconteng. aku rasa gambar ini menarik jadi aku masuk. ha3... yang ni entri last for this two weeks see u soon. <3

= mungkin banyak lagi boleh dilihat 10 000 interpretasi. atau mungkin lebih?=

Comments

semoga berjaya GadisNOTA!.. [^^,]

teringin nak join.. tapi cam maleh nak perah idea.. huhuhu..
encekgadis said…
thanx faien.. aku saje je weh nak try sebelum ak rest untuk 2 minggu ni dari blog jgn rindu aku weh.. huk3
contengconteng said…
Salam. Terima kasih sebab sertai peraduan '10 000 Interpretasi'. Nanti hantarkan butiran berikut ke contengconteng@yahoo.com:-

URL Blog:
Nama Penerima:
Alamat Pos:

Saya akan poskan hadiah penanda buku Kucing the Cat secepat yang mungkin. Terima kasih! =)

-Fadhli Hamdan
www.contengconteng.com
encekgadis said…
fadhli terima kasih... =))

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya