Bila nak kahwin?

ari tu masa tengah pusing-pusing kepala menelaah butiran yang ditutur encek pengajar secara tidak semena-mena keluar soalan maut dari kawan aku..



kawan : rancangan kau tentang kahwin?

Aku: *apa soalan kau bagi ni?*cakap dalam hati  ...kerut dahi diam.

lepas dah diam.

aku: entah.. aku tak fikir pun. rancangan hidup aku sampai aku kerja je. mungkin aku akan fikirkan bila aku dah ada base untuk hidup aku..

kawan: kalau base kau dapat lambat?

aku: nak cakap banyak-banyak pun tak boleh jodoh, ajal maut rezeki tu semua ALLAH tentukan. kalau lambat-lambat la kalau cepat-cepat la.. tapi yang aku pikir.. ibu ayah aku susah-susah bagi aku belajar besarkan aku. at least aku kena bagi sesuatu untuk ibu ayah aku dulu.. senangkan diaorang dulu. kena utamakan tanggungjawab aku pada ibu ayah dulu. paling kurang sediakan kediaman yang semampu aku ....selesa untuk ibu ayah. antar diaorang pergi haji.. pokok nya aku akan utamakan ibu ayah aku dulu. lepas tu aku akan laburkan untuk diri aku.. ada rumah ada kereta. aku tak nak hidup terlalu bergantung pada perkahwinan *bila dah kahwin* masa depan kita tak tau. paling kurang ada aset untuk kita.

kawan: yup.. kawan mak aku pun umur 52 baru kahwin.. tak perlu risau jodoh itu DIA tentukan.

perbualan tamat dengan beberapa repekan lagi.

aku rasa masih muda untuk fikirkan tentang kahwin ya memang banyak yang positif tentang kahwin usia muda.. tapi itu untuk yang dah ada calon dan itu bukan aku. maka kisah aku tentang itu kabur.. langsung tak nampak. Ya benar kahwin itu akan menyempurnakan separuh daripada agama.. tapi yang separuh lagi itu aku masih jahil bagaimana?. dan melihat sekeliling. otak aku dah tetapkan yang aku perlu ada base aku sendiri sebelum ke peringkat seterusnya.. aku tak mahu terlalu bergantung..

aku rasa umur aku sekarang ni masih mentah untuk fikirkan semua ni.aku calon pun tak ada  tak kan nak main rembat je..haih.. haih... aku bukan fikir tentang ciri-ciri pasangan, bukan mencari kesempurnaan yang menjadi idaman, tak pernah terpikir dan malas nak kaji.. cuma yang penting sekarang aku belajar supaya nanti aku boleh berkhidmat untuk ibu dan ayah noktah.

p/s: aku kalau cakap pasal keluarga ni mula lah kena cari tisu kesat tubir mata cis!.. baru seminggu dah rumah sakit? parah!!

walau rumah kita itu pondok buruk selagi ia didiami ibu ayah dan keluarga maka itu syurga dunia.. =))


p/s : lagi dialog diubah suai.. aku tak ade lah hebat sangat nak ingat sebutir-sebuti

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya