Maaf tidak melupa

Memaafkan tetapi tidak melupakan bagaimana?
I'll forgive buat never forget.
Melupakan setelah memaafkan itu satu keperluan?

Aku kata aku maafkan
Tapi tidak aku katakan aku melupakan
Dendam?
Eh tidak ini bukan dendam.
Ceritanya begini perasaan yang sihat tiba tiba ditoreh
Sakitnya datang bukan kepalang
Luka darah memancut keluar
Dihantar ke hospital di rawat
Ubat diberi doktor
Di rawat di rawat di rawat
Sakit hilang sakit
Pergi
Ya sakit itu tidak rasa lagi
Tapi parut mungkin masih ada
Tapi ingatan sakit itu masih tidak pudar
 Begitu..
Ya begitu.
Sakit atas semua itu mungkin telah berlalu tapi ngilunya masih jelas
Bagaimana lagi ingin dilupakan tiap kali lihat pandang dengar ingatan itu datang sendiri.
Tak diundang tak dipinta datang.
Bagaimana ingin melupakan lagi jika kesan itu aduh mendalam
Jadi jangan ingatkan lagi jadi jangan hidupkan kembali.
Cukup kau tahu aku maafkan kerana aku tak inginkan permusuhan.
Cuma yang aku pinta jangan suruh jangan pada untuk kembalikan semuanya seperti sediakala
Kertas yang digumpal renyuk tak mungkin kembali menjadi asalnya tanpa garis cela.

Comments

alien said…
okeh ni betul2 marah sampai lupe letak perenggan
encekgadis said…
hahahah bukan lupa ritu update tak guna laptop aku ingat dah berperenggan rupanya tidak.. sadis!

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya