stop worrying about what other people think. stop worrying about what other people think.

stop worrying about what other people think.


kita.. ya kita aku dan kau.
bila berjalan kita takut orang pandang langkah itu sumbang.
bila lari kita malu orang kata langkah kita kejang
bila jatuh takut orang lihat kita tumbang.

bergerak ke depan. ke belakang
ke tepi ke kiri ke kanan
bergerak dan henti seketika.
eh apa orang kata bila aku...
eh apa orang cakap kalau aku...
eh apa orang bilang saat aku.

dan kerana apa orang kata, apa orang cakap, apa orang bilang,
kita kaku di situ.
kita jadi batu.
kita angguk macam kayu.

hidup masyarakat kita normanya hidup dengan kata orang.
dengan kata orang yang hanya sebenarnya suka lihat kau jatuh.
hanya ingin kau tergolek.

orang kata kau tak boleh
orang kata kau gagal
orang kata kau gila.

sejauh mana orang tu kenal kita?
orang itu pakai kasut kita sama-sama waktu berjalan?
orang itu guna otak kita sama-sama waktu berfikir?
orang itu sama-sama dalam hati kita waktu berperasaan?

tidak.. tidak sama sekali
jangan takut orang lihat kita gagal.
sebab kita perlu gagal untuk kejayaan
jangan takut orang kata kita gila
sebab kita dan dia lain berfikiran.

biar orang lihat kita serong senget benget
asal kita tidak menongkah arus norma hidup manusia punya agama
punya TUHAN..
punya pegangan jadi langkah terus pergi depan..

jangan fikir apa orang lihat pada kita
tapi rungsingkan apa TUHAN nilai apa kita
apa diri kita berani untuk kita.
lakukan apa orang fikir itu bacul!
lakukan kerana orang lain itu pengecut..
sampai bila kau nak serahkan diri kau pada masyarakat
yang langsung tidak punya apa pada diri dia.
kau diri kau. kau yang punya.

cuma..
 tiba kesangsian aku mati seketika
untuk kebenaran itu ramai benar yang gusar
untuk yang salah,
yang haram
yang berdosa itu. berlumba ramai jaguh.

manusia tak diberi hati sekadar untuk bercinta
manusia tak diberi otak untuk sekadar berotak.
manusia diberi akal bukan sekadar berdiri kekal.

manusia diberi hati, otak akal dan jiwa untuk diguna digabung dicantum untuk menjadikan manusia itu manusia.

lupakan fikiran orang pada kita
fikirkan apa diri kita fikir tentang kita.
selagi pegangan itu TUHAN.. dan agamaNYA.. jadi teruskan.

p/s: dah lama aku tak tulis.. aku nak tulis tapi tak tahu apa nak tulis....... T.T

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya