perkhidmatan dibatalkan jadi sila pergi menyesal sendiri sebab memilih untuk gunakan perkhidmatan kami?

tak ada benda yang mudah dalam hidup ni kan? ye atau tidak?
ya.. ya semua susah..
dan btapa aku rasa susah macam bangang bila
pukul 12.30 malam tadi aku turun ke stesyen keretapi dengan si bubu
dan dengan mudah pak cik itu bagi tahu ayah,
perkhidmatan keretapi di batalkan..
dem
ye sangat dem rasa dia..
hancur luluh aku rasa..
kau tau?
ayah memang susah nak lepas aku jalan jauh-jauh
and kali ni ayah lepaskan jugak sebab aku tak pergi sorang
sebab kawan-kawan aku ibu ayah kenal.
sebab aku pi sana bukan nak jalan sangat.
and semalam ayah cakap...
pergi jauh.. tidak lagi..
nasib baik tinggal 1 je pbs memang aku rancang nak buat kat rumah.
berbalik kepada cerita dem yang sangat tu.
sekarang ni kitorang tak tau lagi pergi sane naik ape.
aku rasa macam dah jumpe jalan...
jalan buntu..
gila nak dapat transport time budak nak naik sekolah. memang ye.. memang ye tak dapat la!
aku manusia malas fikir banyak-banyak..
jadi aku anggap saja ini bakal jadi perjalanan yang sangat adventure
ye sangat!
mungkin kena lari sedikit dari keselesaan
demi pengalaman?
ye aku dah habis positif
sampai meroyan aku mesej ramai orang malam tadi
memang nasib sape kena spam dengan mesej aku tadi.
dan ya maafkan aku.
mungkin DIA lebih tahu apa hikmah semua ni
cuma doakan kitorang selamat sampai ke destinasi.
hati aku meronta sangat nak buat dekat sane.
aku nak tengok dunia luar.
dah bosan dengan kepompong ruang lingkup
hidup hari aku yang sama.
ada sesiapa nak faham?
cuma aku sedikit bengang
dengan pengurusan yang bangang.
macam senang je.
penumpang ke stesyen
dan jawapan yang diperolehi
PERKHIDMATAN DIBATALKAN.
gangguan perkhidmatan mula pada pukul
12,28 tengah hari ye bukan pagi
jadi selama 12 jam itu tindakan sekadar mengeluarkan notis pembatalan perkhidmatan dan.. itu saja?
kenapa tiada usaha untuk menggerakan jalan lain selain pembatalan?
tolonglah ya memang anda rugi..
tapi cuba anda fikirkan beratus-ratus lagi penumpang anda yang juga rugi,
aku dan bubu mungkin kecil sahaja
tapi aku membawa surat urusan paduka baginda.
urusan rasmi urusan penting
urusan kerajaan
harap maklumlah saja
urusan rasmi itu bersamaan dengan
urusan yang skematik tahap dewa.
ah tak guna jugak aku merepek dekat sini.
ye sejak dari beli tiket hari tu aku memang dah berbulu..
sekadar aku ini membesar dengan anda jadi aku cuba tidak endahkan.
walau ya bengang itu sangat jelas.

doakan perjalanan kami selamat dan berjalan lancar ya.
terima kasih.
ya mungkin ada hikmah disebaliknya...

choo choo train bring us there please??




Comments

Hazman Amini said…
oo.. ni kes tren batal la ni.. huhu.. tadi pun ada dengar pengumuman masa sampai kat kl sentral.. semua tren ke selatan dan dari selatan batal sebab ada tren eksiden kat renggam.. btw, selamat ber-PBS.. :)

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

minimalis

change